Alfatihah, dan takziah diucapkan.
KOTA BHARU: Pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi tadi.
Faziani Rohban yang berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori. [Read more…]