Tiada siapa yang mengawal Bitcoin.
Bitcoin juga tidak disokong oleh mana-mana kerajaan, bank pusat atau komoditi lain.
Bitcoin adalah cryptocurrency, atau matawang digital. Ia ditadbir oleh protokol kriptografi yang mendasarinya.
Protokol ini menghadkan bilangan bitcoin kepada sejumlah 21 juta. Coin baru dikeluarkan ke rangkaian setiap 10 minit, dalam jumlah yang berkurangan dari masa ke masa, melalui proses yang dikenali sebagai ‘mining’. Proses ini akan berakhir sekitar tahun 2140. Pada masa ini terdapat lebih 14 juta Bitcoin sudah dalam edaran dan berjaya di mining.
Oleh kerana tiada kuasa pusat atau server, ia akan menjadi mustahil untuk menutup rangkaian Bitcoin tanpa menutup internet itu sendiri.