Cari aku di syurga episod 7

mencari kiblat,

Adakah Anas dan Lisa ditangkap Khalwat??? Mujurlah dia diberi peringatan terakhir. Namun ketika itu, ibu lisa datang ke sana. Lisa berkeras tidak mahu balik ke rumah ibunya. Memang perang besarlah. Lisa akhirnya berkahwin dengan Anas.

Sinopsis .

Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latarbelakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah. Anas terus membesarkan Suri seorang diri. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top