Cara Rebus Jagung Manis Yang Enak Dengan Kulitnya

jagung,

Cara rebus jagung manis yang enak dengan kulitnya. Siapa suka makan jagung manis yang sudah direbus? Jika anda peminat jagung, tentu anda tahu betapa enaknya makanan tersebut. Soalnya, boleh tidak kita beli jagung dan rebus sendiri?

Ramai yang bertanyakan soal ini, mungkin kerana faktor hendak jimat kos atau ingin belajar merebus jagung tongkol untuk diniagakan.

Cara Merebus Jagung Manis

Sebenarnya rebus jagung tongkol agar ianya manis dan sedap tidaklah susah mana pun. Prosesnya simple sahaja, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak.

Di bawah adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk rebus jagung tongkol agar ianya sedap dimakan.

Bahan-Bahan Rebus Jagung Tongkol

Berikut adalah senarai bahan-bahan asas yang diperlukan untuk buat jagung rebus.

  • Jagung Tongkol (takda jagung ,tak jadilah jagung rebus).
  • Air (dalam kuantiti yang secukupnya boleh meneggelamkan jagung)
  • Garam
  • Gula
  • Marjerin
  • Susu pekat manis ATAU Mayonis.

Proses Merebus Jagung Manis

Jika semua bahan-bahan di atas sudah tersedia, sekarang prosesnya pula. Sila rujuk proses di bawah;

  1. Jagung yang ada dibuang kulit tebal di luar. Tinggalkan kulit nipis di dalamnya sahaja. Ini untuk membolehkan perasa dapat meresap ke dalam jagung yang sedang direbus.
  2. Masukkan jagung tadi dan air ke dalam periuk. Pastikan api dibuka dengan kuat.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika hendak rasa sedikit masin bolehlah tambah garam banyak sikit, jika mahu ianya sedikit manis bolehlah tambah gula lebih sikit.
  4. Biar dalam periuk selama 25 minit dan kemudian angkat.
  5. Buka kulit jagung dan sapu marjerin dan susu pekat manis ke batang jagung.
  6. Jika anda mahu bolehlah asingkan jagung dari tongkolnya dan gaul bersama marjerin dan susu pekat.

Hasilnya cuba tengok di bawah. Nampak enak bukan?

jagung rebus manis,

Silakan mencuba, tentu anda akan berpuas hati. Jika anda hendak lebih sedap bolehlah juga campur dengan bahan lain seperti mayonis dan kismis.

Harap perkongsian mengenai cara rebus jagung manis ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini. Selamat mencuba anda semua ok!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top