Cara nak masak ayam masak merah yang ringkas

Resepi ayam masak merah memang sedap bila dihidangkan dihari istimewa seperti saat juadah berbuka puasa atau kenduri. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat ayam merah pun sangat ringkas ada sesetengah resepi dan tomato puree yang agak mahal.(ikut bajet sendirilah ya!). Ayam masak merah adalah makanan kegemaran saya dan setiap berbuka puasa saya selalu memasaknya.
Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah 

pasti anda ingin tahu juga kan, jom kita tengok resepi dibawah ini

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas – opsyenal
  • minyak untuk menumis

Bahan Hiris

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 cm halian – dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia
Cara Penyediaan
Resepi Ayam Masak Merah
  1. Panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
  2. Masukkan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
  3. Kemudian bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Masukkan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.
  5. Masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Fuhh memang terangkat beb!! 

Untuk makluman, resepi ayam masak merah ini saya perhatikan tidak menggunakan gula. Tapi saya menambah gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa kami. Ikut koranglah macam mana kan? Selamat mencuba ya!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top