Satay jadi makanan pilihan apabila kita keluar berjalan-jalan bersama keluarga atau kawan-kawan. Yerla kos untuk beli satay nih memang la mahal. Lagi-lagi tempat yang branded lagilah mahal. So apa kata korang buat sendiri satay, lagi puas hati. Boleh makan sampai lebam. Yang penting tahu cara nak buat satay nih. Koran tahu ke nak buatnya?
Dengan ini aku nak kongsikan resepi satay ayam sedap, satay ayam adalah adalah masakan kegemaran keluarga aku. Makanan ini sangat popular di malaysia, indonesia, singapura dan Brunei. Mana-mana lah , tapi memang satay nih memang sedap bro. Huhu
Apa itu Satay??
Satay adalah kepingan daging yang diperap dengan rempah kemudian dicucuk pada batang lidi dan kemudian dibakar diatas bara api. satay ayam paling sedap bila dihidangkan bersama ketupat, timun, dan kuah kacang.
Resepi Satay Ayam Sedap.
Satay yang popular di malaysia ialah satay kajang yang dihidangkan dengan sambal asing . jadi kalau nak pedas kita letaklah sambal itu. yang membuat resepi ini sangat sedap ialah bumbu kuah kacang yang sangat power.
resepi satay ayam mudah yang saya kongsikan ini didapat dari rakan saya dari johor. jom kita tengok resepi dibawah
Bahan-Bahan
- 1 kg daging ayam
- kayu lidi secukup dan direndam semalaman ini agar lidi tidak haungus semasa proses membakar
- 3 sudu besar madu atau gula merah
- 3 cm lengkuas
- 4 cm halia
- 5 ulas bawang putih
- 8 ulas bawang merah
- 3 cm kunyit hidup
- 3 batang serai – hiris ambil bahagian putih sahaja
- 3 sudu besar biji ketumbar – disangai dan ditumbuk halus
- 2 sudu besar biji jintan putih – disangai dan timbuk halus
- 2 sudu besar biji jintan manis – disangai dan tumbuk halus
- garam dan gula secukupnya
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar air
- 1 batang serai – dititik
- 1 biji buah keras – ditumbuk
- 20 tangkai cili kering – digoreng
- 20 gm udang kering – rendam sekejap dan cuci bersih
- 4 biji buah keras
- 3 batang serai – ambil bahagian putih sahaja
- 5 biji bawang merah ros – belah 4 dan digoreng
- 1 sudu besar ketumbar – disangai dan kisar halus
- 1 sudu kecil erbuk jintan manis – disangai dan kisar halus
- 3 ulas bawang putih – dibelah 2 dan digoreng
- 3 cm lengkuas
- 1/2 inci belacan bakar
- 40 gm asam jawa – dicampur air dan ambil jusnya
- 1 cawan gula kabung dan melaka
- 1/2 cawan santan
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
- air perapan daging
- air secukupnya
- 1 batang serai – dititik
- gula dan garam secukupnya
Sate/satay Ayam ala Haji Samuri Kajang:
cara nak buatnya adalah…
Bahan Sate Samuri
1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Untuk kuah Sate Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Cara buat sate/satay Samuri
1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit
Cara membuat kuah Sate Samuri
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yang telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala