Cara nak buat kuih keria tradisional dengan cara yang mudah dan senang

Kuih Keria Lembut. 

Kuih keria ini boleh dikatakan permintaan setiap hari dengan kita nak makan buat sarapan pagi atau minum2 petang. Kuih trasional melayu yang kita tidak pernah lupakan. So bagaimana nak buat kuih keria yang sedap lagi lembut? Kalau orang us panggil kuih donat. Kita panggih kuih donat juga kadang-kadang kan. Tetapi saiznya lebih kecil dan manisnya pun tak sama macam donat orang us tuh ha.

Bahan bahan utama nak buat kuih keria:

Ubi keledek – rebus dan tumbuk

Tepung gandum secukupnya

Cara cara:

Satukan kedua dua bahan di atas dan gaul sebati. Ambik secubit adunan dan dibulat bulatkan.

Ambik sebiji doh yang dibulatkan dan dibentuk seperti kuih keria dengan dileper dan kemudian dibuat lubang di tengahnya.

Panaskan minyak sehingga betul betul panas dan goreng kuih keria. Bila ianya berwarna keperangan, dibalik balikkan. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira.

 

keria, kuih keria,

 

Bahan Sira:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air

Secubit tepung gandum – terpulang/optional

Cara cara:

Masakkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih buih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.

Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.

Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Credit to aziekitchen

READ
Cara nak buat kek coklat lava

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: