Cara nak buat Kek batik Mudah dan senang! (resipi kek batik)

Kek Batik, sebab nampak dia punya kek dia tuh bercorak batik. Bukan macam betik pulak. Resepi kek batik ada pelbagai jenis, ada yang mengikut sukatan cawan untuk membuatnya, pelbagai versi seperti milo, nestum, oreo, cheese leleh dan banyak lagi, Jom tengok cara buatnya.

Kek Batik Resepi Sedap

Sebut pasal kek batik sudah tentu ada terbayang kek yang “crunchy” seperti kitkat bukan? sebelum kita tengok cara-cara membuanya apa kata kita kenali terlebih dahulu tentang kek batik ini.

Kek Batik merupakan sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, agak berbeza seperti kek-kek lain ianya antara kek yang tidak dibakar. Kek yang sangat mudah dibuat dengan memerlukan beberapa bahan seperi biskut marie, susu, mili untuk menghasilkannya. Kek ni selalulnya disajikan ketikan majlis-majlis perayaan seperti hari raya aidilfitri dan juga perayaan krismas.

Asal-Usul Kek Batik

Asal-asulnya agak tidak samar sebenarnya dari mana ia datang dan siapa yang mula mengasaskan kek ini, namun kalau dilihat kek batik ini seakan kek “hedgehog slice” dan “biskut kek coklat prince william” tapi bahannya agak berlainan sedikit. Di brunei kek batik didatangkan dengan topping bewarna hijau berbeza sedikit dengan kita.

1 – Kek Batik Biskut Marie + Oreo

Foto By : Nek Ummi‎

Bahan-Bahan :

  • Kek Batik Oreo (saya guna loyang 6″)
  • 250 gm butter
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 cwn milo
  • 3 sdb serbuk koko
  • 30 keping biskut marie – patahkan
  • 1pkt oreo – patahkan

Cara-Cara Membuatnya :

  • Cairkan butter . Masukkan susu pekat dan kacau sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko . Kacau rata
  • Masukkan biskut marie dan kacau bg rata .
  • Tuang separuh dlm loyang dilapik kertas. Tekan padat. Patahkan biskut oreo n tabur.
  • Tuang baki biskut marie tadi n padatkan kemudian patahkan lagi biskut oreo n taburkan.
  • Tekan sedikit supaya biskut oreo melekat. Sejukkan.
  • Siap!

Resepi Ini dikongsi oleh Nek Ummi‎ 

2 – Kek Batik Biskut Marie + Badam

‎Foto By : Mariana Zainal‎

Bahan-Bahannya :

  • 1 paket biskut Marie (1 keping patahkan jadi dua.. nak patahkan jd 4 bahagian pun boleh)
  • 2 cawan milo *
  • 2 sdb serbuk koko
  • 1 cawan butter* ( guna marjerin pun boleh)
  • 3/4 cawan susu pekat manis *(suka manis boleh tambah lagi ).
  • 1/ 2 cawan air panas*
  • 2 biji telur
  • Badam keping ( disangan )

Cara-Cara Membuatnya :

  • Sapu marjerin pada loyang dan lapik dgn plastik. .ketepikan. .
  • Satukan semua bahan yang bertanda *
  • Masukkan dlm kuali atau periuk
  • Masak guna api sederhana perlahan
  • Sentiasa kacau bila dah sebati dan mendidih masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati
  • Bila dah mendidih, masukkan biskut marie yg dipatah-patahkan tadi.
  • Kacau dlm 2- 3 minit hingga sebati.. ( sy suka kek batik yg lebih lembab.. jadi sy biarkan kuah coklat tu kering sikit pada biskut)
  • Dah siap tutup api dan terus masukkan dlm loyang
  • Tekan2kan guna senduk bagi padat dan rata
  • Taburkan badam dan biarkan sedikit suam
  • Masukkan dlm peti sejuk, selepas 1 jam, bolehlah dipotong
READ
Resepi Jejari Oat Susu

Resepi Ini dikongsi oleh  ‎Mariana Zainal‎

3 – Kek Batik Lembut Guna Biskut Jejari

Foto By : Zaimah Zakaria

Bahan – Bahannya :

  • – 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cwn milo
  • 1 ketul butter(250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

Cara-Cara Membuatnya :

  • Cairkan butter, masukkan susu pekat
  • Masukkan milo kacau sebati smp semua cair dan pekat
  • Lapik plastik pada loyang
  • Susun biskut selapis demi selapis ambik 1 senduk coklat setiap lapis
  • Atas tu sy tabur almond nip
  • Sejukkan 4 atau 5 jam baru potong

Resepi Ini dikongsi oleh Zaimah Zakaria

4 – Resepi Kek Batik Cheese

Foto By : Noorfazidatulhani Binti A Ghani

Bahan-Bahannya :

  • 250gm butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  •  21/2 Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1pkt biskut meri  (Masak macam biasa)

*Untuk Cream Cheese

  • 500gm cream chees
  • 1 cawan gula aisin
  • 1 bj telur
  • 2 sudu besar tepung gandum (mix sebati)

Cara-Cara Membuatnya :

  • Lepas masukkam kek batik,tuang cream cheese
  • Bakar 150″ 20minit la lebih kurang
  • Saya pakai Loyang 10″ x10″ untuk nampak nipis Dan besar

Resepi Ini dikongsi oleh Noorfazidatulhani Binti A Ghani

5 – Kek Batik Hijau

Foto By : Mimie Suhaimi Hussain

Bahan-bahannya :

  • 4 biji telor
  • 125g unsalted butter
  • 3/4 cawan susu pekat (kalo suka manis letak lebih)
  • 2 cawan horlick
  • 1/2 cawan tepong gandum
  • Vanila
  • Perwarna hijau
  • 1 paket roti marie

Cara-Cara Membuatnya :

  • Cara buat sama macam kek batik biasa (rujuk Kek Batik 1)

Resepi Ini dikongsi oleh Mimie Suhaimi Hussain

6 – Kek Batik Tanpa Telur

Foto By : Natrah Syafiqah

Bahan-Bahannya :

  • 250gram buttercup
  • 2 paket biskut marie
  • 3 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air

Cara-Caranya :

  • Panaskan kuali ,buka api sederhana. Cairkan butter dlm kuali. lepas itu masukkan susu pekat
  • Seterusnya msukkan milo,serbuk koko dan air.kacau sebati
  • Masukkan biskut marie n kacau sebati agak2 dlm 5-7mnit.sy suka masak lama supaya biskut tu lebih lembut mcm kek dan tak keras
  • Lampirkan plastik dlm loyang utk memudahkan kek batik dikeluarkan daripada loyang nanti
  • Masukkan kek batik yg siap dimasak td ke dlm loyang n tekan2,padatkan
  • Msukkan ke dlm peti ais dlm 1jam
  • Da bole keluarkan kek batik dr loyang n hias

Resepi Ini dikongsi oleh Natrah Syafiqah

7 – Kek Batik Topping Choc Ganache

Foto By : Suliza Sadzali‎

Bahan-Bahannya (A) :

  • 2pek biskut Marie (300g)
  • 250g Buttercup
  • 1tin susu pekat
  • 1cawan air masak
  • 6sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2biji

Bahan-Bahannya (B) (Topping/choc ganache)

  • 1 cawan Whipping cream Anchor UHT
  • 100 gram Choc compound
  • 100 gram Dark Choc
  • 1sudu besar butter

Cara-caranya :

  1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Smpi sekata.
  2. Tuang biskut marie dlm loyang 10inci. Lapik loyang dgn plastik.Atau guna loyang yg terbuka bawahnya. Sy lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
  3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
  4. Kemudian tuang atas kek batik td. Dan simpan peti sekurang2 nya 6jam utk dptkan hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong.
READ
Resepi tart Cadbury yang sedap

Resepi Ini dikongsi oleh Suliza Sadzali‎

8 – Resepi Kek Batik Nestum

Eldorado

Bahan-Bahannya :

  • 2 cawan milo
  • 2 camca besar Koko serbuk ( x letak pun xpe)
  • 1 tin susu pekat
  • 1 buku buttercup(marjerin
  • 1 paket biskut Marie
  • Gula secukupnya
  • Serbuk nestum secukupnya

Cara-Caranya :

  • Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali yang dipanaskan atas api yang rendah. Apabila marjerin menjadi cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.boleh masukkan gula mengikut rasa manis masing.
  • Masukkan Milo dan serbuk Koko ke dalam kuali. Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.tutup api.. Jangan biarkan terlalu lama ia menyejuk terus masukkan biskut marie yang telah pecah, dan kacau sehingga ter adun .
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik biarkan mudah nak dikeluarkan.Mampatkan kek batik tadi denga menggunakan sudu.
  • Taburkan nestum ikut citarasa diatas kek…
  • Simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 3 jam
  • Jika nak makan kek batik pertama, keluarkan kira-kira 30 minit kerana ia akan telah menjadi keras di dalam peti sejuk

copy paste viramon.com

Assalamualaikum
Ok2.. arini nak share satu resepi simple lagi..
Superb simple.. semua org boleh buat..
Biasa la, bila dah nak puasa ni mood resepi mula la mai…
Hahaha… time bulan puasa nanti kompem traffic naik tinggi pasai org google cari resepi.. hahaha.. tp kalo tak puasa mmg ramai jer yg cari resepi..
Mcm ibu dilah jugak, walaupun resepi simple pun kadang2 nak usha jugak cara org lain buat.. kot2 la ada yg lagi senang dan sedap kannn…
Sementara mood membaking ni dah mari..
Mari la kita sama2 keluarkan semula perkakasan memasak kat dapur tu..
Hahaha.. tp kali ni kita start yg paling simple dulu..
Kek batik.. hahaha.. giler senang kan masak kek batik ni..
Ntah nape 2,3 minggu ni rasa nak makan kek batik jer..
So.. mari la kita buat sendiri..
Motif letak gambar kek batik siap ada bunga bagai…
Saje nak fefeeling cam blog masakan..
Haha.. motif sgt kan…
RESEPI KEK BATIK
Bahan-bahannya:
1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko
*tak letak pun xpe*
3) ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut meri (plain)
6) 1 sk esen vanilla
*tak letak pun xpe*
Cara penyediaan :
1) Cair kan butter dalam periuk.. bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati..api sederhana..
2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati..
Pastikan tiada milo yg berketul2..
3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padam api..
4) Masukkan biskut yg telah di patah kan ke dalam periuk dan gaul rata..(biskut meri tu boleh patah 4.. patah 2 boleh.. tapi jangan sampai hancur okeh..)
5) Masukkan dalam bekas/Loyang yg sudah dialas dgn plastic.. (letak plastic untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti)
6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk at least 4 jam supaya keras..
Siap.. untuk memudahkan potong boleh keluarkan 30minit before potong..
Boleh la dimakan bersama2 air kosong.. hahaha..
Nape air kosong??
Sebab kek batik ni kan dah manis.. so tak yah la minum air manis lagi.. hihi..
Tp resepi kek batik yg ibu dilah buat ni tak berapa manis sgt..
Sbb ibu dilah tak suka manis sgt.. lagi satu sebab ibu dilah ada letak serbuk koko vanhaunten.. serbuk koko ni kan pahit sikit..
So dpt la mengurangkan rasa manis tu.
Sedikit TIPS:
** Kalau suka kek batik yg rangup, lebih baik jgn campur biskut meri dalam campuran milo yg dah masak.. ikut kaedah susun biskut lapis coklat susun biskut lapis coklat..
** Kalau suka kek batik yg lembut, semasa sediakan campuran coklat tu, patah2 kan biskut dulu.. bagi biskut tu lemau sikit.. so, kek batik tu akan rasa lembut..
SELAMAT MENCUBA
copy paste ceritaibu.com 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: