Benda yang boleh membuatkan anda kaya ialah membuat kaya. Kaya nih nak buat senang je sebenarnya. Nak dengan tak nak je. Jom kita tengok macam mana nak buat kaya homemade style.
.
Resepi
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
3 sudu besar gula perang (nak warna lebih gelap, boleh letak lebih dan kurangkan gula biasa)
1 helai daun pandan (simpul n koyak2 hujung daun)
1 cubit garam
Masak gula smpai jadi perang (macam buat gula hangus tu). Pastu ikut suka nak masak smpai warna gelap mana, baru masukkan air 1cawan, kacau sampai gula cair.. Masuk gula perang, daun pandan n garam, kacau sebati. Tutup api, biarkan sebentar..
.
Bahan B
1cawan gula (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan, nak lebih manis, boleh lebihkan)
3 biji telur
Sedikit esen vanila
1 kotak kecil santan (200ml)
1/2 cawan air
3 sb tepung jagung
Campurkan kesemua bahan, kacau sebati.. Masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi, masak guna api sederhana sehingga pekat..sentiasa kacau untuk elakkan daripada berketul.. Sejukkan dahulu barulah simpan dalam peti sejuk..
.
Selamat mencuba