Cara nak buat Brownies

Brownies

RESEPI BROWNIES

👉First step, panaskan oven dulu 160° sebelum mula mengadun.
👉Second Sediakan loyang dan baking paper.
👉Go!

🔵 Bahan 1
(Double boil kan hingga larut semuanya)
●Chocolate Bar 300gm
●Butter/Majerin 100gm
●Minyak Masak 80gm

🔵 Bahan 2
(Ayak 2 kali dan ketepikan)
●Tepung gandum 200gm
●Serbuk koko 70gm
●Baking Powder 1 sudu kecil (Optional, saya tak letak)

🔵 Bahan 3
(Whiskkan sehingga gula betul betul larut tak perlu pakai mesin guna manual whisk sahaja dan tak perlu kembang ya, step ni yang akan menjadikan kedut. INGAT! Gula harus larut)
●Gula castor 300gm
●Telur B 4 biji
●Garam secubit

🔴 Cara Membuat 🔴

👉🏽Setelah proses 🔵 Bahan 1 dan 🔵 Bahan 3 siap, satukan keduanya dan sebatikan menggunakan spatula sahaja secara perlahan lahan,Siap! Lalu masukan tepung secara bertahap tiga kali ya.

👉🏽Masukkan kedalam loyan 7″/8″/9″ ikut ketebalan yang diinginkan (pastikan loyang lapis guna baking paper ya)

👉Setelah siap jangan letak brownies terlalu lama diluar dalam keadaan terbuka sebab ini akan menyebabkan permukaan brownies mengering sebelum dibakar kalau boleh siap ja letak dalam loyang terus bakar.

👉🏽Bakar pada suhu 160°(INGAT! suhu juga memainkan peranan untuk menghasilkan shiny crust, suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan brownies tak menghasilkan kedut dan berderai macam cookies.

👉🏽Bakar 35-40 minit/Sehingga masak. Lihat bahagian tengahnya kalau dah mengembung InsyaAllah brownies dah masak dan takkan mendap. Api atas bawah ya.

👉Setelah masak buka sedikit penutup oven dan biarkan brownies didalam around 10minutes selepas itu bolehlah keluarkan.

👉Lihatlah hasilnya yang menawan~

GoodLuck!

Credit: Jejaka Brownie (Resepi Asal)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top