Cara nak buat apam Polkadot gebu

apam polkadot gebu,

APAM POLKADOT
Hari ini kita nak kongsi resepi cara nak buat apam polkadot. Budak-budak memang suka makan apam polkadot nih.

Bahan 1:
3bji Telur Gred A – dari dlm peti ais
1cwn gula halus – sy guna gula pasir blender je sampai halus
150ml/ 1cwn susu cair
1sudu besar ovelate
1sudu besar butter vanila paste/ esen vanila

Bahan 2 (disatukan & diayak):
2cwn Tepung Gandum
3sudu kecil Baking Powder

CARA-CARA:

1. Mix telur dahulu dgn kelajuan paling tinggi, kemudian masukkan gula halus, ovelate pukul lagi sehingga bertanduk. Selepas tu masukkan susu cair

2. Selepas siap mix bahan 1, msukkan tepung yang di ayak tadi.. mix paling minima sehingga rata. Last sekali masukkan perisa butter vanilla supaya apam berbau wangi

3. Bahagikan adunan kpd 2,letak warna ikut suka.

4. Panaskan periuk kukus, buka api kuat..sehingga air menggelegak..

5. Adunan dimasukkan dalam piping bag

6. Paip separuh dalam acuan.. letak inti.. kemudian paip sampai penuh..pastu boleh le letak dot2 atau corak ikut suka

7. Bila Air dah menggelegak.. kukus apam dlm 8-10minit dengan api yang paling perlahan

TIPS :

1. Pastikan penutup periuk kukus dibalut kain, supaya air tak jatuh atas apam..

2. Pastikan kukus dgn api yang perlahan untuk elak apam merekah

3. Mix telur dahulu paling maksima sehingga kembang untuk dapatkan apam yang lembut dan gebu

4. Simpan apam dalam bekas kedap udara untuk tahan lama

Kredit:abby razy

READ
Curi-curi cinta episod 6 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: