Cara nak buat Aiskrim Durian

aiskrim durian, gambar aiskrim durian,

Pada edisi yang lepas kita ada share cara nak buat aiskrim paddle pop. Korang dah try ke?? So hari ini kita ingin sharing resepi bagaimana untuk membuat aiskrim Durian yang sedap.

Korang semua suka makan durian tak? Rugi tau siapa yang tak suka makan durian ni. Sedap hingga menjilat jari. Maklumlah kan buah durian ni raja segala buah. Mestilah sedapkan. Hehe. Bila tiba musim durian ni, mula la macam-macam idea yang timbul nak masak dengan durian ni. Menu yang paling famous berkaitan durian ni selalunya serawa @ bubur durian dan juga cucur durian. Tapi kali ni saya nak cuba buat aiskrim durian pula. Actually idea nak buat aiskrim durian ni sebenarnya timbul bila McDonald memperkenalkan aiskrim durian dalam menu dorang. Mesti ramai yang minat dengan aiskrim durian McDonald ni kan. So kali ni saya nak share resepi aiskrim durian yang super sedap kalah aiskrim durian McDonald. Haha.

Kepada penggemar durian, ni adalah antara resepi yang wajib dicuba. Tak kisah nak guna durian gred apa, gred campur, kampung, kahwin. Kalau korang ada durian D24,IOI, Musang King ke untuk membuat aiskrim durian ni. Ala-ala McDonald la tu kan. Kih kih. Memang sedap sangat. Lagi sedap durian, lagi sedap la aiskrimnya. Boleh juga guna durian jenis lain. Susu pekat boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kemanisan buah dan citarasa masing-masing. Sebab ada durian yang manis. Ada yang kurang manis sikitkan. So rasa dulu la aiskrim tu nanti sebelum dibekukan. Kuantiti durian juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera. Nak rasa durian banyak, boleh lebihkan isi durian. Sekali cuba pasti nak lagi. Hehe.

READ
Resepi Kari Ikan Tongkol

Time musim harga durian memang runtuh. 

Memandangkan harga durian sekarang semakin tengah murah, (musim) jom la kita cuba buat aiskrim durian. Nak makan macam tu je kadang-kadang muak jugakkan bila dan terlalu banyak. Tapi sebelum buat tu, jom kita layan video yang best dan menyelerakan kat bawah ni.

Bahan-Bahan Aiskrim Durian:

  • 1/2 Cawan Durian (apa-apa durian pun boleh).
  • 1 – 2 Sudu besar Susu Pekat
  • 250ml Krim Putar
  • 1/2 sk Ovalette
  • 1/2 sk Esen Vanila
  • Pewarna Makanan (Kuning)

Cara-cara:

  1. Kisarkan durian sehingga hancur. Masukkan susu dan kisar lagi.
  2. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga sedikit kembang.
  3. Masukkan durian yang dikisar tadi, ovalette, esen vanila dan sedikit pewarna kuning dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bertutup dan bekukan.

Nota:

  • Tak perlu kisar durian terlalu hancur jika nak ada rasa ketulan isi durian.

Sumber lain :

copy paste: buatoranglapo.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: