Cara nak buat air katira yang sedap!

 

air katira

Air katira. 

Air katira sangat famous terutamanya dibulan ramadhan. Tahun ini memang agak special sebab takda bazar ramadhan. Sebab kita masih dalam tempoh PKP lagi. Kita masih lagi berperang dalam covid19 ketika artikel ini ditulis.

Minuman ini femes terutamanya di negeri Johor. Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan, India Selatan, dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura. Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air katira asli dihimpunkan pelbagai jenis buah-buahan – antaranya getah anggur (katira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma, dan susu segar. Wah, patutlah harganya boleh tahan mahal berbanding dengan minuman lain!

RESEPI AIR KATIRA

Bahan.

  • 1tin susu cair
  • 1tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang(ikut ukuran penutup botol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup manis
  • Cincau
  • Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)

Cara-cara

Sangat mudah beb.
1)Masukkan susu cair,susu pekat,esen pisang,pewarna,air,ais dan gula

2)Kacau dan masukkan cincau dan selasih.

3). Godak.

Selamat Mencuba.

Kredit : Resipi masakan.

Sape yang dah buat. Boleh komen dibawah ya.

 

Sumber lain :

Bahan-bahan:
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Getah anggur (katira)
Sagu 3 warna
cendol
cincau
potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng
buang kulit sedikit asam boi
hirisan kurma cina
buah semangkuk
Barli, buah kundur atau buah kabung
kismis
biji selasih
secukupnya
Bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
.
Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
.
=========================
Cara Buat Air Katira Johor (versi 2)
Sumber : rozzan.blogspot.com
.
Perlu disediakan lebih awal:
Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
1 cbsr biji kathira – direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
10 butir kembang semangkuk – direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
1 sudu besar rata biji selasih – direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.
1 tin susu cair (sejat)- ‘evaporated milk’ – (410 g)
1 cawan sirap ( air gula )
6 cawan air
1 sudu teh air mawar
.
===========================
Cara Mudah Membuat Air Katira (versi 3)
Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap( air gula), air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
.
NOTA:
Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.
Kembang semangkuk – boleh didapati dari kedai sinseh Cina
Kathira – dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa
.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top