Anda sudah kemaskini bantuan prihatin rakyat bagi tahun 2021? Wajib untuk kemaskini sebab ada beberapa penambahan yang diperlukan untuk mengelakkan masalah yang akan dihadapi oleh bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BPR ini menggantikan BSH yang telah ditambah baik untuk mereka yang layak sahaja.
Baru-baru ini, permohonan baharu dan pengemaskinian bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021. Menerusi bantuan BPR 2021, kerajaan telah menyediakan bantuan Rm 1200 sehingga maksimum RM1,800 mengikut kategori isi rumah dan pendapatan bulanan.
Bujang Rm 350 secara one off (lumpsum).
Manakala, nilai bantuan RM350 secara one-off akan diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah serta OKU berumur 18 hingga 59 tahun.
Elok buat kemaskini.
Bagi pemohon yang telah lulus BSH 2020 dan BPN 2.0, adalah disarankan untuk melakukan kemas kini bagi permohonan BPR 2021.
Bagaimanapun, mungkin masih ada yang keliru atau tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengemaskini permohonan BPR 2021, berikut adalah beberapa langkah mudah yang perlu dibuat.
Cara Daftar akaun baru MyBPR.
Jika anda adalah penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, adalah disarankan untuk mengemaskini permohonan. Akan tetapi, jika akaun masih belum didaftarkan, pendaftaran akaun baru boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Online lagi senanglah, cuma masa ini server agak jammed, so lebih baik korang buat malam-malam atau time pagi-pagi lepas subuh ke macam mana. Kalau waktu pejabat alamat memang jammedlah. Tengok jugakla. Tetapi
1. Pertama, pergi ke portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat dan tekan pada “Log Masuk”.
2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan tekan pada “Semak” dan jika masih masih belum didaftarkan, anda boleh mendaftar akaun baru.
3. Setelah itu, anda perlu menjawab dua soalan keselamatan yang berdasarkan permohonan BPN 2.0 atau BSH 2020 data tahun lepas dan tekan “Teruskan”.
Tekan TIADA ,
4. Langkah seterusnya, isi kata kunci keselamatan yang mudah diingati sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR. Perlu diingatkan, kata kunci keselamatan dan kata laluan adalah dua perkara yang berbeza. Kemudian, jawab 5 soalan dengan membuat pilihan soalan yang disediakan dan tekan “Teruskan”.
5. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik pada butang “Teruskan”. Jawapan yang didaftarkan ini akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan.
6. Isi Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan yang perlu mengandungi sekurangnya 8 aksara dengan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Seterusnya, tekan “Daftar” dan akaun anda telah berjaya didaftarkan.
Kemaskini permohonan BPR 2021.
Setelah selesai mendaftar akaun baru, Log Masuk seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
1. Tekan pada “Kemaskini Permohonan”.
2. Kemas kini maklumat pemohon, dokumen sokongan atau maklumat wakil jika terdapat sebarang perubahan.
3. Setelah itu, isi captcha dan klik pada butang “Sahkan Captcha”. Kemudian, tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian hantar dan tekan “Hantar”.
Selesai. Anda juga boleh mencetak kemas kini permohonan yang telah dibuat sebagai simpanan.
Selamat mencuba ok.