Cara anak buat Popia Satar

popia, popia satar,

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap. Popia senang dibuat sedap dimakan, habis dimakan seorang diri sepinggan. Sedap dimakan tapi saya tidak tahu resepi tersebut. AMARAN untuk pembaca blog ini, tolong ajar resepinya untuk saya. Mana tahu bila saya sudah pandai,resepi tersebut akan dikongsikan dilaman ini. Nanti boleh juga sahabat belajari resepi turun-temurun..

Okey, saya sudah jumpa resepi popia satar yang dikongsikan oleh sahabat di FB. Untung lah orang dah share, tunggu beli bahan-bahan dahulu. Tengok bahan utama seperti ikan kembung, asam jawa, bawang dan sebagainya. Berikut untuk resepi penuh, saya akan kongsikan dibawah. Anda boleh pelajari sendiri resepi tersebut..

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Popia Satar untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Untuk juadah petang-petang.. popia satar.

Bahan:

  1. 3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
  2. 1 1/2 cawan kelapa putih 
  3. 10 biji cili api
  4. 3 ulas bawang merah
  5. 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  6. 1 inci halia
  7. 2 batang serai
  8. sedikit air asam jawa
  9. garam dan gula


Cara:

  1. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
  2. Tumbuk hingga hancur.
  3. Gaulkan sekali dengan bahan-bahan , dan tumbuk. 
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Perasakan garam dan gula
  6. Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
  7. *saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan.

Resepi: dari Google

Cara lain, lebih kurang sama jerla, :

  1. Buang segala tulang yang ada pada ikan. Tujuan rebus sekejap ni sebenarnya nak memudahkan kerja pengasingan tulang and bagi ikan masak sedikit. Tapi miss terlupa step ni, terus buang tulang pastu baru rebus. Cerdik lahaiii~ Setengah resepi satar guna ikan mentah, tapi miss tak shyuuker hee
  2. Tumbuk ikan sehingga betul-betul halus dan masuk dalam mangkuk
  3. Lepas tu tumbuk serai, bawang merah, bawang putih , cili kering rebus, cili padi, dan halia. Kalau lesung batu tak muat, repeat sampai habis. Tumbuk bagi hancur.
  4. Serai jangan letak banyak, cukup 1 batang saja, kalau banyak jadi macam makan serai pulak. Sama jugak dengan halia. Guna kuantiti yang minimum ok?
  5. Lepastu, tumbuk kelapa parut sampai habis lumat. Gaul kesemua bahan, baru tambah air asam jawa, garam, gula dan perasa.
  6. Balancekan segala rasa, paling penting ikot tekak memasing.
  7. Sediakan kulit popia, dan lipat macam gambo kat bawah, ok?
  8. Dah siap, boleh laa goreng. Guna api sederhana kuat naa. Kalau api turbo nanti popia tanjat hangit jadinya.
Angkat dan hidang dengan sos. Pakai sos cili life, maggi pun ok jugak.
 Main celup-celup dengan sos Walla! (aku tambah sikit air panas dalam sos bagi cair siket, baru sedap nyicah hehe)

Tutorial dari video you tube,

Senangkan? Tak payah bazir beli kat luar. Aku buat satar versi kaler oren merah cikit sebab letak cili kering, kalau tak mahu satar kaler merah, tak payah letak cili kering pon tidak mengapa., satar akan jadi warna putih, ok!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top