Bukan saya!, respon pengerusi SPR yang baru dilantik (gambar minum arak, bercumbu)

art harun. pengerusi spr

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun menafikan beliau adalah individu dalam gambar tular yang yang menunjukkan seorang lelaki minum arak dan berpoya-poya.

“Bukan saya,” katanya yang lebih dikenali sebagai Art Harun kepada The Star.

Gambar-gambar itu menunjukkan individu mirip Azhar minum arak dan bercumbu dengan seorang wanita.

The Star berkata carian Google terhadap gambar itu mendapati membawa ke beberapa laman di Indonesia. 

Menurut Facebook RPS 2019, individu dalam gambar itu dikenali sebagai seorang ustaz Indonesia bernama Abu Janda al-Boliwudi.

“Ia menyebut Facebook peribadi Abu Janda telah godaan dan album foto peribadi, yang ditetapkan untuk tatapan peribadi sahaja, telah diakses secara terbuka,” menurut laporan itu.

Kerajaan mengumumkan pelantikan peguam veteran 56 tahun itu pada 21 September lalu.

 

Semalam tular beberapa keping gambar yang sangat mirip dengan wajah pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, Azhar Azizan.

Gambar mirip peguam Azhar Azizan itu dilihat sedang berpesta sambil minum arak dan bercium dengan pasangan perempuannya yang bukan isterinya.

Ramai netizen mengatakan ia adalah foto lama Azhar Azizan ketika zaman muda yang sedang berpesta liar di luar negara.

Namun seteleh diperiksa gambar itu bukanlah Azhar Azizan pengerusi SPR yang baru.

Individu tersebut adalah seorang yang dipercayai warga negara Indonesia yang wajahnya sangat mirip dengan peguam itu.

Terdahulu, memetik sumber Menara.my, Azhar Harun yang mempertahankan pesta arak mencabar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk membuktikan bahawa penganjuran pesta arak seperti Oktoberfest meningkatkan kadar jenayah.

“Adakah terdapat kajian atau kaji selidik yang telah dilakukan oleh PAS berkenaan kadar jenayah pada setiap bulan Oktober apabila pesta arak itu berlangsung?” soalnya.

READ
Tiada lagi polis pengiring Najib

Tidak hairanlah ramai yang menyangka gambar tersebut adalah dirinya memandangkan pendiriannya yang cenderung mempertahankan pesta arak sebelum ini.

Tidak hairanlah ramai yang menyangka gambar tersebut adalah dirinya memandangkan pendiriannya yang cenderung mempertahankan pesta arak sebelum ini. – AbuLeman

credit to abuleman.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: