BR1M: BANTUAN IKHLAS KEPADA YANG MEMERLUKAN-DS NAJIB

Insya-Allah, bermula 18 Februari, bayaran pertama bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan mula diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerimanya.

BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang digunapakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Keseluruhannya bagi tahun ini, Kerajaan menerima 8,277,391 permohonan bagi BR1M, dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini dan akan menerima bayaran BR1M bermula 18 Februari ini secara berperingkat.

Baki permohonan yang belum lulus sebanyak 3,123,950 pula kini berada dalam pemprosesan dan keputusan kelulusan dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017 kelak.

Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas. Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1200, manakala 243,434 bagi bantuan RM900, dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.

Mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 permohonan lulus, manakala Sabah dan Sarawak juga menerima kelulusan permohonan yang tinggi sebanyak 477,482 dan 537,588 masing-masing.

Dalam usaha kita memberi bantuan kepada rakyat, pihak pembangkang pula memperlekehkan BR1M, dengan mengatakan ianya dedak, usaha memancing undi, dan rasuah.

Pihak pembangkang sepatutnya lebih sensitif, penerima menggunakan BR1M untuk membeli keperluan harian dan sebagainya. Janganlah menggunakan bahasa kesat, mengelirukan dan merendahkan martabat mereka hanya untuk kepentingan politik. BR1M tidak seharusnya dipolitikkan

br1mchart_blog

Berhentilah juga mengatakan saban tahun negara akan muflis, walhal saban tahun juga jumlah BR1M dinaikkan bagi lebih membantu mereka yang memerlukan.

BR1M adalah bantuan ikhlas Kerajaan kepada mereka yang memerlukan, dan diagihkan mengikut kelayakan serta kriteria yang ditetapkan berdasarkan pendapatan perseorangan atau seisi rumah. BR1M tidak mengira kaum, agama, mahupun pegangan parti politik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top