Bomoh ditemui mati dengan kesan tembakan

bomoh mati dibunuh bomoh mati dibunuh

KUANTAN – Seorang pengamal perubatan ditemui mati disyaki ditembak di sebuah rumah di Bukit Rangin Perdana 2 di sini malam semalam. Mangsa ini pernah buat live di facebook. Dengan pakaian baju melayu siap bertanjak bagai.

Mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui mati kira-kira jam 11 malam dengan kesan darah kering di kepala serta mempunyai luka tembakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa tinggal berseorangan di rumah sewa ibunya semasa kejadian kerana isterinya sedang berpantang di rumah keluarganya di Pekan selepas melahirkan anak.

“Mangsa tinggal di tempat kejadian bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional (bomoh),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Nor, semasa kejadian, mangsa dipercayai berseorangan di rumah kerana ibunya berniaga di Bukit Rangin Perdana.

“Setakat ini, polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah memandangkan terdapat juga beberapa kesan tembakan di badan mangsa,” katanya.

Siasatan dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

READ
Tonton online lawak solo minggu ke 2, astro

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: