Biodata Pu Rizz, Pencetus Ummah 4

 

Biodata sedikit sebanyak mengenai Muhammad Haris atau dikenali sebagai PU RIZZ. Pu riz ini menjadi bualan media sosial sejak akhir-akhir ini setelah dia dikaitkan dengan Neelofa. Dalam beberapa hari yang lepas lagilah tular mengenai beliau apabila Pu Riz menjadi orang yang tidak sesuai dengan neelofa apabila adik beradik neelofa dan ibu neelofa sendiri seolah-olah menyindir beliau dan unfollow instagram pu riz.

Apa yang sebenarnya berlaku? biasalah dalam hubungan ada pasang surutnya, yang penting dalam hal ini, kita sebagai jabatan nitizen negara haruslah bertindak bijak. Dalam tengah ribut tuh jugak, ada lagi seorang hamba Allah yang tambah perisa kaitkan pu riz dengan neelofa dikhabarkan sudah berkahwin di kelantan oleh bapa kandung neelofa sendiri. Di sebar screeenshot perbualan mengenai pu riz yang kata sudah guna minyak pengasih, dah suruh neelofa transfer rm100 k ke akaun pu riz. Ini jadi keadaan jadi kecoh.

Kemudian selang sehari, neelofa ada membuat kenyataan di ig instagram, biarlah dia dan keluarga dia yang buat perbincangan bagi kedua belalh pihak. Seeloknya berbincang dan jangan mudah spekulasi terutamanya keluarga belah kedua-dua pihak. Baik pu rizz atau dari keluarga neelofa itu sendiri.

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Nama Glamer (panggilan) PU Rizz (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail. Kita panggil biasa pu riz.

3. Asal- Selangor

4. Berusia 25 tahun (lahir pada tahun 1995). 2020.

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula naik nama beliau, selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Pernah juga bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

11 Filem/Drama/Telefilem/Televisyen Yang Pernah Disertai

2020: Chit Chat Ustaz

2020: Ada Apa Dengan Dosa

2020: Korban Kasih

2020: Pelindung Seorang Puteri

2020: Rindu Cinta Zulaikha

2020: Panggilan Haji

2020: Misteri Bilik Bawah

2020: Ustaz Rock

2019: Anugerah Cinta Aisyah

2019: Tolong Aku Doktor Cinta

2019: Khutbah Terakhir

2019: Keliru Ibu

2018: Air Mata Di Bumi Matador

2018: Geng Tadarus

2018: Lelaki Kiriman Tuhan

2018: Kahwin-Kahwin

2017: Dosa Perempuan

2017: Kisah Dari Mekah

2017: Kelip-Kelip Di Kota London

2017: Selafaz Cinta

Pencapaian/Rancangan Realiti

2017: Akademi Sahur Asia

2016: Peserta Pencetus Ummah Musim Ke-4

Instagram: pu_rizz, pu_rizz._ismail

Fakta Menarik.

  • Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
  • Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.
  • Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.
  • Gemar bermain futsal.
  • Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

 

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar

4. Berita Harian

5. Selongkar10

6. illuminasi.com

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top