Baru-baru ini, nama beliau trending disebabkan kes dia yang telah menjadi trending di Media Sosial buat masa ini. Apepun kita harap , ktia semua ambil iktibar dari kejadian tersebut. Betul atau salah, biarlah pihak yang membuat pengadilannya.
Biodata
Nama Sebenar: Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail
Nama Gelaran/Glamour: Da’i Syed atau Syed Iqmal – Da’i bererti “Pendakwah”
Tarikh Lahir: 20 Oktober 1995 (20 tahun, 2020).
Asal: Perlis
Instagram: @daisyed_
Da’i Syed bergiat sebagai pendakwah bebas, selain bergelar penyanyi dan pelakon. Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat terbaik, dalam finalis rancangan tersebut.
Penampilan diri yang bersahaja sesuai dengan usianya yang masih remaja, berambut panjang, menyebabkan dia disukai ramai, ada juga yang orang mencemuh beliau kerana penampilan beliau macam itu.
- Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 250,000 pengikut.
Pendidikan
- Berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.
Muzik/Lagu Yang dinyanyikan Oleh Da’i Syed
- Keagungan Cinta-Mu, karya Aiman Zul 2 By 2 dan lirik bersama Da’i Syed
- Ya Rasulullah, karya Seif Jamalullail (Ayah Da’i Syed)
- Arah, karya Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.
- Atouna Tufuli (Berikan Masa Kecilku), Heliza Helmi, Da’i Syed & Hazwani Helmi
- Cover Song :-Albi Nadak
- Cover Song :- Ya Agmal Eyoun.
Filem/Drama/Telefilem/Televisyen Yang Pernah Disertai
2018: Papa Nak Menantu.
Pencapaian/Rancangan Realiti.
2016: Mendapat kedudukan Keempat (4) dalam Program Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4)
2018: Mewakili Malaysia dalam program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) dan meraih tempat ketiga.
Credit to Blog tempatan& @daisyed_