Biodata adam lee , Sepupu Jannah Nick

adam lee,

Berikut adalah biodata adam lee, Pelakon Adam Lee yang sudah meningkat naik di kaca tv. Dia merupakan sepupu kepada Jannah Nick Rupanya. Tengok muka pun sama rupa-rupanya.

Nama sebenar adam Lee:

Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee

Tarikh Lahir (lahir 26 Oktober 1994).  26 tahun (2020).

Beliau mula mendapat perhatian sejak membintangi drama bersiri Lara Aishah. Adam juga pernah membintangi filem seram bertajuk Ia Wujud yang ditayangkan pada 2014.  

Adam memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana tidak yakin dengan potensi dalam bidang berkenaan. Sepanjang tempoh itu, beliau melibatkan diri dengan bidang kecergasan. Adam turut mempelajari seni bela diri Muay Thai.

Bront Palare dan Farid Kamil Idola beliau. 

Beliau menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya dalam bidang seni lakonannya. Adam juga pernah menghadiri Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2016/2017. Nama Adam kian meningkat sejak membintangi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Sejak itu juga tawaran berlakon diterima meningkat. Kalau ikutkan tahun ini dan tahun lepas banyak drama dia. Yang terbaru ialah Budak Tebing.

Dia juga baru memenangi anugerah skrin , Artis Baru Lelaki Popular, ABPH pada tahun lepas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top