Andika Mohon maaf, jamin tak keluar kenyataan kontroversi lagi

andika puteraa

Baru-baru ini nama individu yang sering memberi motivasi menerusi media sosial, Andika Putera hangat diperkatakan selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai isu curang.

Oleh kerana kenyataan  ‘curang dengan izin Allah’ mengundang kecaman warganet, ramai mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-bakri menyiasat individu itu kerana didakwa menyebarkan informasi yang salah dan memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini bahaya dia punya tunggang agama nih. Harap dika lebih peka.

Cakap je janji tak nak buat lagi yang hal-hal kontroversi. Tapi ini dah kali yang ke berapa?? Buat lagi, minta maaf, sampai abang jamil mampus.. 

Assalamualaikum semua.
.
Dika seiklas hati nak minta maaf atas video yang menjadi isu. Dika minta maaf seiklas hati dika. Salah Dika dengan cara penyampaian Dika, boleh misleading ramai orang.
.
Lepas ni, Dika akan lebih berhati-hati dengan apa sahaja content untuk upload di internet . Niat tujuan video tersebut sebenarnya nak cakap jangan nilai sesiapa, kita sendiri sangat-sangat lah tak sempurna. .
.
Dika harap melalui ujian yang Dika hadapi ni, pasti ada hikmah untuk Dika. Dika akan baiki dan improve diri Dika dari segi segala aspek penyampaian, ilmu, dan segalanya.
.
Dika doakan semua orang disini berjaya akhirat dan dunia❤️🙏🏻

 

Untuk makluman anda semua, Andika telah mengeluarkan kenyataan kontroversi itu sebelum ini mengaitkan insiden curang pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar yang telah menjadi tular baru-baru ini. Bukan hal ini juga , banyak hal lain andika buat hal.

 

Video permohonan maaf dari andika.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top