Amiruddin Cctv, itu bukan saya!

menteri besar selangor, amirudin shari,

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang Adun wanita.

Amirudin berkata beliau sudah berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

“Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sayangi Generasiku peringkat Kuala Selangor anjuran Pemadam hari ini.

Amirudin tidak tahu kenapa beliau menjadi sasaran dan menegaskan beliau tidak pernah melakukan perkara di luar batasan.

Tuduhan itu, katanya, tidak memberi kesan kepadanya secara individu tetapi apa yang dirisaukan ialah ia seolah-olah sudah menjadi budaya untuk “membunuh” seseorang melalui jalan fitnah

Ditanya sama ada tuduhan itu dibuat ahli parti sendiri, Amirudin tidak pasti mengenai perkara itu.

“Pihak saya sedang menyemak tuduhan ini dengan peguam berkaitan perkara itu dan akan mengambil tindakan jika ia serius,” katanya.

Ketika diminta mengulas rakaman itu dilakukan ahli sendiri, Amirudin berkata, beliau tidak pasti perkara itu dan khuatir ia menjadi kebiasaan dalam politik.

“Saya tak pasti perkara itu (rakaman) datang dari pihak dalaman. Yang menjadi kerisauan saya, ia menjadi budaya dalam politik yang akhirnya tidak mampu dihentikan dan menyakitkan individu terbabit,” katanya.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang mengaitkannya dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Juwairiya, dalam satu kenyataan, berkata beliau maklum dengan fitnah itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun Facebook Aku Darah Anak Malaysia (ADAM) yang dimuat naik Selasa lalu.

READ
Sidang media kemenangan PH brsama tun dr mahadhir (perdana menteri ke7)

Katanya, beliau sudah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung fitnah berkenaan.

Beliau berkata, fitnah itu mencemarkan imej dan kredibilitinya sebagai ADUN di Selangor serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya sudah berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. Pihak kami akan memantau kes ini dengan sepenuhnya untuk menentukan langkah selanjutnya.

“Apa yang pasti adalah ia fitnah dan saya menegaskan bahawa saya tidak berada di lokasi itu pada tarikh yang didakwa itu,” katanya.

Kenyataan dalam akaun Facebook itu antara lain mendakwa ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan kedua-dua wakil rakyat berkenaan, yang ditemui ketika pihak tertentu mencari rakaman di sebuah hotel di Sabah, yang sebelum ini dikaitkan dengan rakaman video seks membabitkan seorang menteri.

Bagaimanapun, akaun itu sudah tiada apabila pemberita mahu mengaksesnya semula.

Sementara itu, satu laporan polis juga dibuat oleh pegawai pengiring kepada Juwairiya, Abdul Basar Sulaiman, di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: