(video)Jamal mahu ‘tukul’ kepala Zaid- KELAKAR SANGAT!!

jamal, jamal pak tongkol, jamal gila, jamal mahu jotos kepala zaid,
Kadang-kadang tak paham aku dengan jamal nih, apa motif dia buat macam tuh? Dia nih terkenal dengan kenyataan dan perbuatan yang boleh buat orang ketawa.  KUALA LUMPUR: Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos melahirkan rasa kesalnya terhadap pihak berkuasa tempatan yang sehingga kini tidak mengambil tindakan ke atas Datuk Zaid Ibrahim.
Jamal tampil dengan gimik terbarunya di Persidangan Agung Umno kali ke-71 hari ini, dengan membawa tukul seberat 5 kilogram dan menghentak patung bekas menteri undang-undang itu.
Ia sebagai simbolik dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Selangor terhadap keceluparan Zaid.

Jamal dengan suara lantang di sidang medianya mengugut akan memburu Zaid jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang.
“Sultan Selangor murka, di mana polis? Mengapa tidak ambil tindakan? Mengapa lambat? Mengapa terhegeh-hegeh terhadap binatang ini? Di mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Mengapa lambat bertindak?
“Ini adalah amaran keras daripada kami sebagai rakyat Selangor, anak Selangor tidak mahu sesekali Sultan kami dihina, diejek, dicaci.
“Kami rakyat Selangor telah hilang sabar. Jika tidak ada tindakan terhadap haram jadah ini esok, tukul ini akan dihalakan ke kepalanya,” katanya kepada pemberita.
Simbolik tukul itu menyusul selepas dua hari lalu apabila Jamal membakar patung mirip Zaid juga di perkarangan PWTC. Jamal mengingatkan Zaid supaya berfkir dua kali sebelum ‘mengajar’ Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baru-baru ini Sultan Selangor mengingatkan orang ramai agar tidak mengekploitasikan isu kaum dan agama yang disifatkan sensitif demi kepentingan politik mereka terutama sokongan demi menghadapi pilihan raya.
Menerusi wawancaranya dengan surat akhbar The Star, Sultan Sharafuddin juga menegur Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan isu kaum Bugis dalam ucapannya di himpunan pembangkang September lalu, malah menyifatkan bekas perdana menteri itu memiliki rasa rendah diri yang kompleks dan perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.
Zaid bertindak balas dengan kenyataan itu dengan menulis di Twitternya supaya Sultan Selangor berhati-hati dalam berkata-kata, malah menyebut ‘tiada siapa yang kebal jika negara terbakar’.
Dalam gimik terbaru hari ini, Jamal juga mempersoal sikap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang seolah-olah ‘bisu’ dalam isu terbabit.
“Di mana Azmin yang sepatutnya mempertahankan Sultan Selangor. Senyap sunyi. Di mana exco-exco Selangor yang memerintah negeri yang sepatutnya mempertahankan Sultan Selangor.
“Jangan main politik sahaja,” tegas Jamal.
 Dah jom tengok video kata jamal mahu pecahkan kepala zaid ibrahim.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...