Video kemenangan faiz mohd Subri fifa puskas award 2016

 

Tahniah wei,

Sejarah Bola Sepak Malaysia dan Asia tercipta awal pagi ini apabila penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya menjadi pemain bolasepak pertama memenangi Anugerah Puskas 2016.

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik itu berjaya mengalahkan dua lagi jaringan terbaik dunia 2016. Seperti yang dijangka , jaringan Faiz berhak untuk menang.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya berbangga dengan kejayaan Faiz dan semua rakyat harus meraikannya.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut.

Jom layan video kemenangan award di mana ek.


Video kemenangan Faiz mohd

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top