Video dan gambar Dsai anwar ibrahim dan Tun Mahatdir bersalam, sudah baik ka?

dsai5 dsai dsai2 dsai3 dsai4

HARI ini dalam sejarah, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun ‘bermusuh’.

Adegan itu disaksikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir dalam mahkamah berkenaan ketika tiada sidang. Mahathir juga kelihatan menepuk bahu Anwar.

Maka tidak mustahil lah pertemuan itu yang dianggap sejarah menjadi trending di media sosial hari ini. Malah ia turut mengundang respons pemimpin politik daripada Umno-BN.

Terdahulu Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Permusuhan kedua-dua pemimpin besar itu berlaku apabila  Anwar dipecat oleh Mahathir pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.

Semenjak daripada insiden itu, Mahathir-Anwar merupakan seteru politik, namun perhubungan mereka dilihat penganalisis politik semakin baik sejak beberapa ketika ini.

Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dilihat semakin erat menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau berdamai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berikutan kehadirannya di Mahkamah Tinggi sebentar tadi untuk mengikuti perkembangan kes permohonan Anwar bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN).

“Saya berminat dengan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan negara. Perkara ini pun ada ditulis dalam blog saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi. Dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit itu di bilik saksi, Dr Mahathir berkata, beliau dan Anwar hanya membincangkan mengenai kes itu dan bukan berkaitan hal lain.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto AFP Ditanya adakah beliau menyokong Anwar sekiranya pembangkang memerintah negara ini, Dr Mahathir menjawab, “Itu terlalu awal”. Dalam pertemuan itu juga Anwar dan Dr Mahathir bersalaman di mahkamah.

video lain :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top