Ustaz zamihan ditangkap akta hasutan 1948

(1) AlhamdulilLaah, syukur… Ustaz Zamihan Al-Ghari disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menyatakan pendirian tentang isu kesucian dari najis membabitkan praktis sebahagian pengusaha dobi mesra Muslim yang kebetulan kelihatan tidak senada dengan pendirian DYMM Tuanku Sultan Johor.

(2) Bila ada siasatan, tidak mustahil berlaku tangkapan dan dakwaan, AlhamdulilLaah, syukur. TAHNIAH PDRM!

<<Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pendakwah kontroversi Zamihan Mat Zin dan beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Perkara itu di siasat di bawah Akta Hasutan, seksyen 4, kita akan laksanakan (siasatan),” katanya.>>

https://www.malaysiakini.com/news/397962 ?

(3) TIDAK! BUKAN! BUKAN SAMA SEKALI! Bukan saya bersyukur kerana saudara seagama diuji musibah. Na’uuzu bilLaahi min zaalik.

(4) Saya bersyukur kerana kebimbangan dan keraguan saya selama ini terhadap kemampuan PDRM bertindak menjaga keamanan negara melalui Akta Hasutan 1948 (dan mungkin juga selepas ini Kanun Keseksaan khasnya Seksyen 121B keatas) sebenarnya adalah kebimbangan dan keraguan yang tidak berasas.

(5) Rupa2nya PDRM mampu bertindak cekap dan pantas menggunakan peruntukan Akta Hasutan, tidak seperti yang saya tertanya2 di dalam posting2 saya yang lalu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1463737067029263&id=952934824776159

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1465432196859750&id=952934824776159

(6) InsyaaAllah, kalau menyatakan pendapat oleh seorang Ustaz (guru agama), ada PhD lagi dengar2nya, berkaitan hukum hakam agama iaitu tentang kesucian di mesin basuh dobi yang kebetulan pendapat itu tidak sama dengan pendirian seorang Sultan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan, dan bila sudah disiasat, tidak mustahil ditangkap dan didakwa, maka saya berkeyakinan tinggi PDRM lebih mampu sebenarnya untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa “pendakwah bebas (?)” Wan Ji Wan Husin yang dilihat di dalam video di bawah

https://youtu.be/beHljdaI8V4yg ?

1- merancang untuk menghapuskan Institusi Raja-raja iaitu pada 2030, “Sultan dah tak ada, Sultan dah habis” “Malaysia ni dah jadi negara Republik!” “Sultan Zero”!

2- mempromosikan untuk menanamkan persepsi negatif terhadap Sultan sebagai Syaitan! “Aim ana orang kata Sultan… Syaitan”!

3- “meletupkan dan menggegarkan” Institusi Raja-raja dan menimbulkan rasa kebencian “dengan ada orang kena tangkap kerana faktor Sultan”!

4- Malah beliau menyamakan Sultan2 seperti babi! Kerana beliau mendakwa kononnya, seperti babi, Sultan2 ada “baik sedikit, tetapi mudaratnya banyak”

(7) Rupa2nya tak perlu banyak police reports pun PDRM mampu bertindak pantas. Penat2 sahabat saya Ustaz Ibnu Nafis mencadangkan polis repot seperti di bawah, kelihatan seperti cukup dengan laporan Free Malaysia Today dengan headline panas untuk pihak polis bertindak pantas! Laporan polis yang pernah dicadangkan oleh Ustaz Ibnu Nafis ?

<<Saya… mewakili… (persatuan jika ada) ingin membuat laporan bagi tujuan tindakan lanjut PDRM bagi perkara berikut. Pada… (tarikh) semasa saya melayari internet di komputer saya semasa saya berada di… (tempat), saya menekan suatu pautan di YouTube mengenai klip video Wan Ji Wan Husin berjudul Gerakan Hapus Sultan Wan Ji

dan mendapati di dalam video itu Wan Ji sedang menghasut utk menghapuskan insititusi raja selewat-lewatnya pd tahun 2030 pd video klip di pautan tersebut.

Laporan polis ini dibuat utk tujuan siasatan dan tindakan undang2 ke atas wan ji kerana membuat kenyataan yg bersifat menderhaka dan berunsur menghina sultan, serta menimbul dan membangkitkan sikap tidak setia kpd YDP Agong sbg ketua tertinggi negara yg memayungi Islam dinegara ini.

Saya memohon supaya siasatan dibuat dgn kadar segera termasuk tindakan undang2 yg wajar dan tegas dibawah Akta Hasutan dan Penal Code khasnya Seksyen 121B keatas Wan Ji supaya dapat mencegah kesan buruk hasutan ini dan menjadi pengajaran kpd yg lain.

Tindakan ini juga menjadi lebih perlu kerana Wan Ji sekarang berada pada kedudukan yang mempunyai pengaruh untuk melaksanakan rancangannya setelah dilantik sebagai pegawai agama di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang perlembagaannya tidak mengiktiraf Raja-Raja.>>

(8) Keep it up PDRM! Mata masyarakat tertumpu kepada tuan2 sekarang, memerhatikan dan menilai kecekapan dan kepantasan, tak lupa juga, keadilan dan konsistensi pasukan keselamatan di dalam bertindak.

(9) Untuk golongan liberal yang memang tidak senang dengan Institusi Raja-raja yang menjadi benteng agama Islam, mereka hanya perlu beli popcorn ? banyak2, minum2 ? dan enjoy the show! Sepertinya berjalan mengikut kehendak skrip. Masih ingat strategi ke (3) Wan Ji Wan Husin di atas??? “Ada orang kena tangkap kerana faktor Sultan”! Salute! Just as planned! It seems that they are able to kill many birds just by using one FMT stone…

نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية.
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه.
اللهم اعطنا رشدنا…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top