[UPDATE] 72 bagasi, 284 kotak dirampas polis

rampasan,

KUALA LUMPUR: Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.

Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.

Bercakap pada sidang di lobi kondominium itu awal pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri,

belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan, namun mengesahkan jumlahnya besar.

JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.

“Kondominium berkenaan adalah satu daripada enam lokasi pemeriksaan yang dilakukan serentak sejak dua hari lalu,” katanya.

Lokasi lain yang turut diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Amar Singh berkata pihaknya turut merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan itu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium berkenaan,” katanya.

Ditanya siapa Tan Sri yang memiliki unit kondominium itu, Amar Singh berkata: “Saya tidak perlu dedahkan siapa pemiliknya tetapi ia ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

“Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti.”

Amar Singh berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Mengenai dakwaan peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuninya, Amar Singh berkata, pihaknya menjalankan tugas secara profesional.

Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam tadi.

Siasatan kes 1MDB..

– 72 beg yang terdapat pelbagai barang antaranya barang kemas, jam tangan dan mata wang RM, USD serta pelbagai negara lain.

– 284 kotak berisi handbag pelbagai jenama dan size.

– Serbuan di enam lokasi, iaitu PMO, Seri Perdana dan empat kediaman peribadi.

– Jumlah nilai rampasan belum dapat lagi.

– Dapat borang geledah dari mahkamah.

– Pemeriksaan dilakukan serentak, ada masih dijalankan lagi

– Bukan masanya reveal nama pemilik apartmen Pavilion.

– Siasatan related 1MDB.

– Tiga unit di apartmwn Pavilion disiasat.

– Terlalu awal dan tak proper dedahkan apa dirampas.

– Siasatan dilakukan JSJK Bukit Aman.

– Disebabkan kes ini berprofile tinggi,PDRM jalankan siasatan dengan amat teliti,profesional, mengikut SOP dan lunas undang undang..

– Pengarah JSJK Bukit Aman.

Gambar Kiriman Wartawan di Lokasi

(UPDATE) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata 72 beg dirampas mengandungi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas dan jam. Sebanyak 284 kotak berisi beg berjenama mewah turut dirampas milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Ingat! “CLEVER CLEVER SQUIRREL JUMP, ONE DAY FALL TO THE GROUND ALSO”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...