Trump Jadi Presiden US yang ke 45, presiden yang paling tua.

donald trump,

NEW YORK: Calon Parti Republikan, Donald Trump mencapai impian untuk memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Partri Demokrat.

Setakat pukul 3.33 petang waktu tempatan, keputusan semasa menunjukkan Trump meraih 276 undi kawasan pemilihan, melebihi empat undi untuk mengesahkan kemenangan berbanding lawannya, Hillary yang mendapat 218 sokongan pemilihan.

Kedua-dua calon perlu mendapatkan sokongan undi 270 kawasan pemilihan bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Trump akan menjadi satu-satunya Presiden yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan untuk mengetuai White House.

“Ini masanya untuk rakyat Amerika bersatu.

“Kepada semua penyokong Republikan, Demokrat dan bebas di seluruh negara, bagi saya ini merupakan masanya untuk kita bersama-sama menjadi negara yang bersatu. Inilah masanya,” kata Trump sambil ditemani keluarganya ketika berucap di hadapan penyokong di depan hotel Hilton Midtown di Manhattan.

Dalam perkembangan lain, Parti Republikan menyapu bersih kedua-dua badan tertinggi AS iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan menerusi kemenangan majoriti.

Parti pimpinan Trump itu meraih undian majoriti sebanyak 51 sokongan berbandingan Demokrat, 47 undian untuk menguasai Dewan Senat.

Dewan Perwakilan juga dimonopoli oleh Parti Republikan dengan undian sebanyak 234 berbanding 178 yang diraih parti pimpinan Hillary.

Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara itu.

Minyak turun, Trump menang!

SINGAPURA: Harga minyak di Asia jatuh pada Rabu selepas calon Republikan, Donald Trump mengalahkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat.

Pasaran kewangan global dan harga minyak mengalami putaran balik berikutan kemenangan jutawan populis itu dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada sekitar 8.30 pagi waktu AS, kontrak Disember untuk penanda aras AS – West Texas Intermediate susut 53 sen pada $44.45 setong dan minyak mentah Brent untuk penghantaran Januari adalah 51 sen lebih rendah pada paras $45.53.

Kedua-dua kontrak jatuh lebih daripada satu dolar pada peringkat awal selepas Trump merapatkan jurang untuk mendahului Clinton.

“Ucapan kemenangan Trump adalah kata-kata yang menenteramkan, kata Jeffrey Halley, seorang penganalisis kanan pasaran di Oanda, kepada AFP.

“Pasaran suka apa yang beliau katakan tentang perbelanjaan fiskal untuk membina semula infrastruktur Amerika.”

Bagaimanapun Halley menyatakan bahawa “dunia masih dalam keadaan terkejut” atas kemenangan Trump dan memerlukan lebih banyak masa untuk mencerna implikasi yang berpotensi.

“Tekanan menurun kepada minyak boleh berlaku secara semula jadi, masih terlalu awal untuk mengukur apa-apa pandangan dengan muktamad,” katanya.

Capital Economics berkata, jawatan presiden Trump “lebih kepada langkah yang tidak diketahui”.

Trump Jadi Presiden, Kartun Simpsons Tepati Ramalan 27 Tahun

NEW YORK: Siri animasi The Simpsons menepati ramalan yang dibuat kira-kira 27 tahun dahulu bahawa calon Parti Republikan, Donald Trump akan memenangi Pilihan Raya Presiden.

Dalam satu episod yang disiarkan pada tahun 2000, rancangan kartun itu menunjukkan watak Lisa sebagai penyandang jawatan tersebut, mewarisi kerajaan yang mengalami masalah kewangan daripada Presiden Trump.

Ramalan itu muncul dalam episod “Bart to the Future” yang menunjukkan masa depan kerajaan AS yang dipimpin oleh Trump mengalami pelbagai masalah terutamanya kewangan.

Awal tahun ini, pengasas siri Simpsons, Matt Groening berkata, beliau menggunakan Trump sebagai watak kerana calon Parti Republikan itu memiliki nama paling kelakar.

Malah Groening berkata, realiti tentang nama Trump adalah benar dan sekiranya beliau dipilih, kemungkinan segala yang diceritakan dalam episod tersebut akan berlaku.

Selain itu, penulis tetap untuk rancangan kartun tersebut, Dan Greaney berkata, episod yang disiarkan 27 tahun lalu merupakan amaran untuk rakyat Amerika.

“Siri itu menunjukkan saat-saat akhir bagaimana sebuah negara mengalami kejatuhan.

“Episod tersebut dibuat kerana konsisten dengan sikap segelintir rakyat Amerika untuk melaksanakan visi yang tidak masuk akal,” katanya.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...