Tonton online paskal the movie 2018 (tayangan perdana)

paskal the movie

Paskal movie 2018

Filem ini merupakan filem yang diadaptasi dari  kisah kejayaan PASKAL mengangkat pasukan unit khas dalam organisasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL)  akan memberikan anda satu kelainan dan keterujaan semasa menonton filem ini.

Menelan belanja hampir RM10 juta  telah dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Theebaan G dan ramai lagi.

PASKAL mengisahkan tentang pengorbanan Leftenan Komander Arman Anwar yang tidak mendapat restu ibunya dalam menjadi seorang anggota Pasukan Khas Laut ( Paskal ).

Namun, apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti namun dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan.

Trailer :

Mula beroperasi pada 1 Oktober 1980 unit ini dianggap sebagai sebuah pasukan elit nombor satu di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Misi PASKAL pula terdiri daripada operasi di pantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. Hebat bukan?

Malah Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan di laut (kapal dan minyak). Selain itu PASKAL turut bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

PERLU KUAT MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK JALANI LATIHAN PASKAL

PIC: PASKAL

Bukan senang nak jadi PASKAL.

Persoalannya apakah yang membuatkan PASKAL ini digelar pasukan elit No.1 di Malaysia? Apakah pula latihan-latihan terpaksa dihadapi untuk menjadi anggota PASKAL?

Kami senaraikan latihan asas mereka dan anda jangan ingat latihannya biasa-biasa kerana dalam beratus yang cuba, mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan. Latihan pula dibahagikan kepada beberapa fasa berikut:

  • Fasa 1 – Peringkat Kem
  • Fasa 2 – Peringkat Hutan
  • Fasa 3 – Peringkat Paya
  • Fasa 4 – Peringkat Laut
  • Fasa 5 – Peringkat Pelarian dan Pelolosan

Semasa di fasa 1 (selama 6 minggu) pelatih akan diajar dengan pelbagai skil tempur individu dan pembinaan fizikal yang mana setiap minggu pelatih akan diuji dengan Uji Cergas Fizikal Darat dan Air .

Mereka perlu lulus sebelum ke peringkat/fasa seterusnya:

UJI CERGAS FIZIKAL DARAT

PIC: PASKAL

Latihan bukan untuk orang biasa-biasa. Fizikal dan mental kena kuat.

#1  Lari sejauh 6.8 kilometer (km) dan masa untuk lulus pula di bawah 32 minit. Kurang daripada selamat tinggal lah!

#2 Tekan tubi hanya dalam masa 1 minit 30 saat. (Minimum 50 kali)

#3 Sit Up dalam masa 1 minit 30 saat – Lulus tidak kurang dari 41 kali

#4 Pull Up (tanpa henti) – Lulus tidak kurang dari 9 kali

#5  Flutter Kick (tanpa henti) – Lulus tidak kurang dari 100 kali

#6  Eight Count Body Builder (dalam masa 4 minit) – Ini antara latihan berat terpaksa dilalui pasukan tentera. (Lulus tidak kurang dari 26 kali)

#7  Panjat tali di ketinggian 7 meter tanpa menggunakan kaki!

#8 Panjat tali menggunakan Ascender di ketinggian 10 meter – Lulus dengan masa tidak melebihi 60 saat.

UJI CERGAS FIZIKAL AIR

PIC: PASKAL

PASKAL dan laut memang tidak boleh dipisahkan.

Ini antara ujian penting untuk menjadi seorang PASKAL. Bak kata mantan Panglima PASKAL Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman, anggota PASKAL yang dipilih perlu mempunyai naluri ‘waterborn’ (berasal dari air).

#1  Renang sejauh 3.2 km di laut (berpakaian renang tempur) – Masa lulus di bawah 64 minit.

#2 Renang di kolam:

  • Gaya Bebas 500 meter – Masa lulus di bawah 10 minit
  • Gaya Kuak Tepi 500 meter – Masa lulus di bawah 12 minit
  • Gaya Campuran 500 meter (200 meter kuak dada, 200 meter kuak tepi dan 100 meter Gaya Bebas) – Masa lulus di bawah 12 minit

Macam mana? Boleh bernafas dengan baik selepas melihat latihan-latihan PASKAL ini?

Hakikatnya ini hanya sebahagian daripada latihan peringkat awal. Ada lagi cabaran dan lihat lebih mencabar termasuklah Combat Drown Proofing.

IKAT TANGAN, IKAT KAKI, KEMUDIAN DICAMPAK KE DALAM AIR

PIC: PASKAL

PASKAL perlu mempunyai naluri ‘waterborn’.

Kalau nak tahu, Combat Drown Proofing adalah ujian air yang mana pelatih akan diikat kaki dan tangannya sebelum mereka dicampak ke dalam kolam renang.

Difahamkan ujian terbabit adalah persediaan sekiranya mereka dicampak musuh hidup-hidup ke dalam laut. Ujian ini melatih mereka untuk melepaskan diri.

Apapun hanya terbaik di antara terbaik saja yang akan berjaya menjadi anggota PASKAL.


Kalau nak tahu lagi bagaimana sebenarnya PASKAL ini, anda perlu tonton filem PASKAL yang bakal ditayangkan 27 September ini.

LIVE STREAMING PASKAL THE MOVIE : (tayangan perdana jer)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top