Tonton online ku kirim cinta episod 4

ku kirim cinta,Hamid dan Fatimah mengadakan majlis doa selamat sempena Zarul pulang berehat di rumah. Salmi yang turut hadir meminta Fatimah banyak bersabar dengan dugaan Allah ke atas mereka. Fatimah sebaliknya meluahkan rasa risau dengan Hamid kerana Hamid begitu rapat dengan Zarul. Manakala Khalid yang turut hadir, inginkan kepastian Farhan sama ada Farhan sudah berbincang dengan Zainab atau tidak.

Farhan harap Khalid dapat memberi sedikit masa untuk dia berbincang dengan Zainab. Zainab mula yang melihat Khalid begitu serius berbual dengan Farhan, mula mengesyaki sesuatu. Selepas majlis doa selamat, Zarul mendesak Farhan ke biliknya. Zarul terus merayu Farhan supaya berjanji akan melayani setiap mesej dan email daripada Nisha sekiranya dia tidak ada nanti. Alasan Zarul, dia tidak mahu pelajaran Nisha terganggu terutama saat-saat Nisha berdepan dengan peperiksaan akhir nanti. Permintaan Zarul dan desakan ayahnya, menyebabkan Farhan mula tidak keruan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top