Tonton online hantu kak limah3 (HKL) 2018

hantu kak limah, zul ariffin, ropie,

Hantu kak limah kembali lagi. Hasil buah tangan mamat khalid kebanyakkannya semua ada mesej yang ingin disampaikan.

Hantu Kak Limah 3 (atau Hantu Kak Limah sahaja) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 arahan Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man Kadir, Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah. Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.

 
Minta maaf takda untuk video full, ini pun hanya yang pra tonton dalam 22 minit pertama.

Sinopsis Hantu Kak Limah 3 :

Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.

Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.

Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.

Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Ayah bunian (Mustaffa Din) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin, Wani, Khuda dan Yeh.

Senarai pelakon :

Pelakon utama

  • Awie sebagai Husin
  • Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
  • Sharwani NS sebagai Wani
  • TJ Isa sebagai Khuda
  • Delimawati sebagai Kak Limah
  • Zul Ariffin sebagai Solihin
  • Uqasha Senrose sebagai Puteri Bunian

Pelakon undangan

  • Mus May sebagai Bapak Bunian
  • Ropie Cecupak sebagai Nayan
  • Pekin Ibrahim sebagai Musalman
  • Jue Aziz sebagai isteri Wani
  • Sabri Yunus sebagai Ketua Kampung
  • Ziema Din sebagai Rokiah

Penampilan khas

  • Erra Fazira sebagai Wati
  • Dato’ Seri Vida sebagai dirinya sendiri

Penerbitan

Pada Februari 2013, penerbit siri filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai mengumumkan akan menerbitkan siri ketiga filem ini, berikutan sambutan positif diterima oleh Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Beliau berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: “Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,”. Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak dan mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan.

Filem ini telah ditujukan khas untuk tiga pelakon siri filem Hantu Kak Limah—Zami Ismail yang meninggal dunia pada 19 Jun 2011, Azwan Annuar pada 18 April 2015 dan Man Kadir pada 6 September 2017. Dalam temuramah bersama Astro Gempak, Mamat berkata kehilangan tiga watak penting dalam filem arahannya memberi kesan besar kepadanya. “Tanpa kita sedar, tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah telah tiada namun filem ini tetap akan diteruskan dan saya harap ia akan menjadi filem yang paling lawak pernah saya hasilkan.” Zul Ariffin yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen, memegang watak utama sebagai Solihin, beliau dipetik sebagai berkata: “Mamat adalah pencerita hebat yang ceritanya lucu, namun pintar. Barisan pelakon belajar banyak tentang kehidupan di bawah bimbingannya, dan dengan itu, saya benar-benar berbesar hati untuk muncul dalam projek filem terbarunya,”.Uqasha Senrose yang terkenal dengan peranan televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella memegang watak sebagai Puteri Bunian, Uqasha meluahkan rasa teruja kerana dapat bergandingan dengan Awie yang dianggap sebagai idolanya sejak usia kecil.[10] Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza “Vida” Othman membuat penampilan sulung dalam filem ini.[11] Barisan pelakon lain terdiri daripada Jue Aziz, Ropie Cecupak, Mus May, Pekin Ibrahim, Erra Fazira dan Sabri Yunus.

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: “Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,”.

Majlis pelancaran promosi Hantu Kak Limah 3 diadakan di Dewan Seni, MATIC, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2018 yang turut dihadiri oleh barisan pelakon, penerbit dan pengarah. Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 di pawagam seluruh Malaysia. Treler rasmi filem dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 10 Julai 2018.

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 8 Ogos 2018 di Golden Screen Cinemas, IOI City Mall Putrajaya jam 7:30 malam. Ia turut dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah. 

http://combostruct.com/1JvJ

tonton juga hantu kak limah movie online facebook disini

sumber lain :

other video :

https://openload.co/f/LblCKTO3yls

 

https://openload.co/f/1PLxbBY0vXY

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top