Tonton online drama datin glam tv3

ziana zain,

Tonton drama glam lakonan mantap dari ziana zain, rita rudaini, norman hakim, norlia ghani ,Amyza dan ramai lagi.

Nona dan Mak Som bekerja di gerai dan mereka hidup bersama dengan bahagia. Suatu hari, Mak Som mengajak Nona melawat Ros, kawan baiknya tetapi Nona tidak mahu kerana menuduh Ros sudah melupakannya selepas berkahwin dengan Datuk dan bergelar Datin.

Tetapi, sebenarnya Ros malu hendak berjumpa Nona kerana dia sudah kurus dan botak akibat barah payudara. Nona rasa bersalah kepada Ros dan mahu menjaganya. Permintaan Ros yang terakhir ialah mahukan Nona berkahwin dengan suaminya jika dia meninggal.

Maka Nona pun berkahwin dengan Datuk Kamal dan bergelar Datin. Datuk Kamal berjaya mengubah penampilan Nona dan menjadikannya sebagai Datin Ramona. Oleh itu, kehidupannya pun berubah daripada kehidupan kampung kini bergaul dengan golongan Datin.

Namun, rupanya Datin Nina yang sukakan Datuk Kamal sudah mengatur pelbagai perancangan untuk memporak-perandakan rumah tangga Datin Ramona dan suaminya. Pada masa sama, Datuk Kamal juga tak dapat menerima Ramona kerana masih tidak dapat melupakan arwah Ros. Ramona rasa sedih dan keluar dengan Datin Nina tanpa diketahui niat jahat rakannya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...