Tonton full movie munafik 2 2018

munafik2, poster munafik2,

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan filem Munafik 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos ini.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 34, berkata, filem menelan belanja RM2.8 juta itu lebih seram selain memaparkan lebih banyak eleman Islamik dan dakwah berbanding Munafik yang ditayangkan pada 2016.

“Filem itu adalah kesinambungan daripada filem Munafik. Kali ini banyak perkara dikupas dan terjawab daripada yang pertama. Apa boleh dikatakan, Munafik 2 bukan filem seram semata-mata.

“Ketika melakukan proses suntingan, saya menangis sebab jalan cerita filem ini. Apatah lagi, unsur dakwah yang diketengahkan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas.

“Jadi, menerusi filem ini saya nak penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi beberapa watak sedia ada dan karakter baru diperkenalkan,” katanya kepada Harian Metro.

Berita baik juga untuk peminat apabila filem ke-10 arahan Syamsul itu juga akan ditayangkan di Indonesia selain tayangan serentak di Singapura dan Brunei.

“Sebelum ini saya pernah umumkan filem ini bakal ditayangkan awal tahun. Apabila ia lambat, ramai mula bertanya terutama peminat di Indonesia.

“Insya-Allah, kalau segalanya berjalan lancar filem ini bakal menemui peminat di sana seminggu selepas tayangan di sini. Cuma, Singapura dan Brunei saja serentak.

“Memandangkan Munafik menjadi filem Melayu tertinggi di dua negara berkenaan, jadi lebih banyak panggung dibuka kali ini. Difahamkan di negara kita pula 130 panggung,” katanya.

Filem terbitan Skop Productions itu menampilkan Syamsul sebagai pelakon utama bersama barisan pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Sekali lagi, lagu tema bagi filem itu dinyanyikan Syamsul bersama Mawi berjudul Kerana Dunia hasil ciptaan Syamsul dan lirik ditulis bersama sepupunya, Anwar Faizal.

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca. Ia mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jar.

Penggambaran dijalankan pada Mac 2017 di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Perak dan Pahang dan berakhir pada Mei 2017, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018.

Sinopsis

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Pelakon

  • Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam
  • Maya Karin sebagai Sakinah
  • Fizz Fairuz sebagai Azman
  • Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar
  • Mawi sebagai Ustaz Azhar
  • Fauzi Nawawi sebagai Umar
  • Rahim Razali sebagai Rahim
  • Weni Panca sebagai Wanita Misteri
  • Nur Zara Sofia sebagai Aina
  • Namron sebagai dirinya sendiri
  • Ku Faridah sebagai dirinya sendiri

Munafik 2 trailer ”

Penerbitan

Pembangunan

Pada April 2016, Skop Productions dan Syamsul Yusof mengumumkan akan menerbitkan kesinambungan filem Munafik dan penggambarannya dijalankan pada akhir 2016 atau selewat-lewatnya pada awal 2017.Majlis pelancaran filem Munafik 2 diadakan pada 9 Mac 2017 di Dataran Karyawan FINAS dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ketika itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Pada Mac 2017, Nabila Huda yang memegang watak Maria dalam filem pertama mengumumkan menarik diri dari terlibat dalam filem ini kerana kesibukan jadual kerjanya;Maya Karin dilaporkan telah dipilih untuk menjayakan peranan utama, bagi menggantikan Nabila. Bagaimanapun, Syamsul mengesahkan secara rasmi yang Maya akan menjayakan Munafik 2.Pelakon jelita Indonesia, Dian Sastrowardoyo, yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) dilaporkan bakal membintangi filem ini bagi pasaran Indonesia.Bagaimanapun, bagi mempromosikan filem ini di Indonesia, Syamsul memilih Weni Panca sebagai pelakon pembantu filem ini, memegang watak sebagai wanita iblis.

Draf pertama skrip ini disiapkan pada Ogos 2016, namun Syamsul terpaksa merombak semula skrip kerana merasakan ia tidak menepati apa yang beliau mahukan.Nasir Bilal Khan yang sebelum ini bekerja dengan Syamsul menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) telah menandatangani untuk menjayakan filem ini.Menurut Syamsul, bapanya mencadangkan Nasir untuk menjayakan watak sebagai Abu Jar.Fauzi Nawawi yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem, memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar; untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.Bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi yang sebelum ini berduet dengan Syamsul menerusi lagu “Kalah Dalam Menang” dan “Bukan Propaganda”, menyertai barisan pelakon Munafik 2.Syamsul berkurung dalam bilik hotel selama sebulan bagi mendapatkan inspirasi. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM2.8 juta berbanding filem sebelumnya yang hanya menelan belanja sebanyak RM1.6 juta.Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 9 Julai 2018, Syamsul berkata: “Ketika melakukan proses suntingan, saya menangis sebab jalan cerita filem ini. Apatah lagi, unsur dakwah yang diketengahkan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas. Jadi, menerusi filem ini saya nak penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi beberapa watak sedia ada dan karakter baru diperkenalkan,”.

Treler rasmi filem ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Syamsul berkata mengenai treler Munafik 2: “Saya mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan treler ini tapi ayah saya kata masa tersebut terlalu lama sebab orang lain buat dalam masa 2 hingga 3 hari saja.”

Dsebalik tadbir;

Penggambaran

Penggambaran dijalankan selama 72 hari bermula 20 Mac 2017 di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang;lokasi penggambaran juga termasuk Istana Kellie dan Lembah Kinta, Perak serta Tasik Chini dan Kuantan, Pahang; dan dimuktamadkan pada 30 Mei 2017.Penggambaran direhatkan seketika bagi membolehkan Syamsul membuat persiapan menghadapi malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Tonton online munafik2 2018.

Keluaran

Munafik 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018, iaitu sehari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-61. Poster rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun Instagram rasmi Syamsul pada 10 Julai 2018.Treler rasmi filem ini dimuat naik di saluran YouTube rasmi Syamsul pada 23 Julai 2018 dan mencatat jumlah tontonan lebih 2 juta di Facebook dan YouTube selepas dimuat naik dalam tempoh lebih kurang 24 jam.Treler rasmi Munafik 2 turut mendapat sambutan di luar negara termasuk Indonesia. Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk Astro Ria dan Astro Citra bermula 19 Ogos 2018.

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 28 Ogos 2018 di E-Curve, Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah. Munafik 2 menerima keluaran tayangan perdana rasmi di Indonesia, iaitu pada 26 September 2018 dan diedarkan untuk pasaran Indonesia oleh CBI Pictures. Filem ini juga bakal menembusi pasaran Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Sambutan

Kutipan

Pada hari pembukaan rasmi, Munafik 2 meraih jumlah kutipan slot tayangan awal sebanyak RM2.05 juta, sekaligus mengatasi Hantu Kak Limah 3 arahan Mamat Khalid yang hanya mengumpul RM650,000.Filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya. Munafik 2 berjaya menduduki tangga teratas di carta filem GSC sekaligus mengatasi lima lagi filem lain termasuk The Equalizer 2, Crazy Rich Asians dan Hantu Kak Limah 3.

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritk filem. Mumtaj Begum dari Star2 menulis: “Munafik 2 boleh menjadi sebuah filem yang lebih baik jika hanya sedikit kehalusan yang dibuat dan aksi penjahat tidak begitu stereotaip. Dalam erti kata lain, Yuzir Harafi dari Astro Awani menyatakan filem ini membawa mesej yang berbeza dan mampu menginsafkan, beliau berkata: “Mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini agak berat tetapi jalan ceritanya boleh difahami penonton kerana ia diceritakan dengan sangat baik apabila ia disulam dengan plot dan elemen agama dengan ‘padu’ kerana banyak pengajaran yang boleh diperolehi.”

Muzik

Lagu tema bagi Munafik 2 ialah “Menangislah” dicipta oleh Syamsul manakala liriknya ditulis bersama sepupunya, Dr. Anwar Fazal dan dipersembahkan oleh Syamsul dan Mawi. Ini merupakan kali ketiga mereka bekerjasama selepas dua lagu terdahulu, “Kalah Dalam Menang” (Munafik) dan “Bukan Propaganda” (Desolasi).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top