Tiada diskaun saman pada 15 November, Trafik Bukit Aman (mesej whattsap palsu)

Palsu rupanya, cissss. Menaruh harapan palsu jer dibuatnya. Hari tuh baru-baru nih tengah viral katanya , jangan bayar saman traffik kecuali saman jpj sehingga 15 november baru ada diskaun katanya.
Diskaun yang disebut dalam bentuk format audio itu menyatakan satu saman cuma bayar rm 30 ringgit jer. Fuhh murah sangat tuh, kalau ada 10 saman dah rm300.00 kan jimat banyak tuh. Tapi itu semua dusta belaka bang.
kompaun-saman-trafik
Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat yang menyatakan diskaun akan diberikan kepada mereka yang membayar saman pada 15 November ini. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November ini.

JSPT Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.

“Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat ini, masyarakat diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, orang ramai diingatkan supaya membuat rujukan di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) sebelum membuat sebarang penyebaran maklumat.Rakaman suara yang viral di aplikasi WhatsApp itu menasihatkan orang ramai membayar tunggakan saman pada 15 November dan mendakwa maklumat tersebut, telah diterima daripada seorang sumber yang tidak dinamakan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

So kalau ada saman, bayar jerla. Tak payah nak tunggu surat mahkamah datang, baru nak terkinja-kinja baru nak bayar. Apa yang penting, kena settlekan apa yang patut. Takda saman, hati tenang. Hehe.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top