PETALING JAYA – Rakyat Malaysia atau pengusaha syarikat yang menghulurkan derma kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) akan diberikan pengecualian cukai tanpa had oleh pihak kerajaan.
Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, potongan cukai itu akan diberikan secara ‘dollar for dollar’ atau nilai yang setara dengan jumlah yang disumbangkan kepada tabung tersebut.
“Mereka yang memberikan sumbangan boleh dapat faedah pemotongan cukai, kena simpan resit mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pihak syarikat pun akan dapat pengurangan cukai. Kalau derma banyak contohnya RM13,000 akan dapat pengecualian sebanyak RM13,000. Kita beri potongan ikut ‘dollar for dollar,” kata beliau pada sidang media yang diadakan pada Khamis.
Kesemua wang sumbangan itu akan dikendalikan oleh Perbendaharaan Malaysia dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain bagi mengurangkan hutang kerajaan Persekutuan. [Read more…]
