PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan filem Munafik 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos ini.
Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 34, berkata, filem menelan belanja RM2.8 juta itu lebih seram selain memaparkan lebih banyak eleman Islamik dan dakwah berbanding Munafik yang ditayangkan pada 2016.
“Filem itu adalah kesinambungan daripada filem Munafik. Kali ini banyak perkara dikupas dan terjawab daripada yang pertama. Apa boleh dikatakan, Munafik 2 bukan filem seram semata-mata.
“Ketika melakukan proses suntingan, saya menangis sebab jalan cerita filem ini. Apatah lagi, unsur dakwah yang diketengahkan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas.
“Jadi, menerusi filem ini saya nak penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi beberapa watak sedia ada dan karakter baru diperkenalkan,” katanya kepada Harian Metro.
Berita baik juga untuk peminat apabila filem ke-10 arahan Syamsul itu juga akan ditayangkan di Indonesia selain tayangan serentak di Singapura dan Brunei. [Read more…]
