Kritikal nampaknya kalau keadaan kewangan umno macam ini!! Tapi nak buat macam mana , dah jadi macam tuh. PIhak berkuasa dah umumkan bekukan akaun umno kerana dikatakan ada terlibat dengan 1mdb.
UMNO berhasrat melancarkan tabung khas untuk mengutip derma bagi membiayai program parti itu jika akaun parti terus dibekukan Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan akan dibincangkan dengan barisan Exco Isnin ini.
Katanya, walaupun terkesan dengan pembekuan berkenaan termasuk untuk pembayaran gaji pekerja, semangat mereka tidak luntur walaupun UMNO hari ini ditindas. [Read more…]
