Tonton online ku kirim cinta episod 21

ku kirim cinta,

Ku kirim cinta episod yang ke 21.

Sedang Khalid dan Zainab berbincang tentang Farhan, Khalid menerima panggilan daripada seseorang yang memberitahu dia ingin berjumpa dengan Khalid. Zainab senyum sinis, dia menyangka Khalid sudah berubah tetapi perangai lama Khalid tetap ada. Khalid hanya bersahaja dan mengajak Zainab mengikutinya berjumpa dengan perempuan tersebut. Mulanya Zainab enggan tetapi bila Khalid mengesyaki Zainab cemburu, Zainab rasa tercabar dan bersetuju menemani Khalid.

Insiden baju Farhan dalam bilik tidur Nisha, mula merapatkan Farhan dan Nisha. Mereka hairan bagaimana perkara itu berlaku. Hendak menuduh angkara Nordin, mereka tidak mempunyai bukti. Dalam kesempatan itu, Farhan turut merayu Nisha supaya menerimanya sebagai pengganti Zarul.

Nisha masih menaruh harapan pada Zarul dan biarlah Zarul berdiam diri kerana mungkin Zarul sedang mencari jalan penyelesaian dengan Hamid. Farhan makin terharu dan makin rasa bersalah dengan kesetiaan cinta Nisha pada Zarul.