Hantu kak limah kembali lagi. Hasil buah tangan mamat khalid kebanyakkannya semua ada mesej yang ingin disampaikan.
Hantu Kak Limah 3 (atau Hantu Kak Limah sahaja) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 arahan Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man Kadir, Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah. Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.
