Cara nak buat kek coklat lava

Kek Viral Coklat Lava

Bahan Pertama:

📌Satu (1) cawan serbuk koko
📌Satu (1) cawan gula pasir
📌Satu (1) cawan susu cair
📌Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
📌Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

📌Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
📌Satu (1) sudu serbuk penaik
📌Satu (1) sudu soda bikarbonat
📌Empat (4) biji telur
📌Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat:

Campuran pertama:

❤️Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.

Campuran kedua:

❤️Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
Kek Coklat Moist 2

Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.

Campuran Ketiga:

❤️Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.

Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:

Bahan:

📌Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
📌Dua (2) sudu besar serbuk koko
📌Dua (2) sudu besar mentega

Cara:

Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
Kemudian masukkan mentega dan tutup api
Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Cara Kedua:

Bahan:

📌Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
📌Dua (2) sudu besar susu pekat manis
📌Satu (1) sudu mentega atau majerin
📌Satu pertiga (1/3) cawan susu segar

Cara:

Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar.

Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Kek coklat lavaKek coklat lava

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...