SST akan tambahkan beban rakyat, kata Najib

najib, pm , perdana menteri najib, najib tun razak, perhimpunan pau 2017, gambar najib, najib pahlawan bugis

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) amat meresahkan rakyat.

Katanya, pelaksanaan itu bakal memberikan kesan berganda kenaikan harga barang selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Masa zaman SST tu mana ada sgt rakyat terbeban tapi bila kau ubah kepada GST semua barang yang kita beli di tambah dgn 6%. Jangan jadi bebal eh DSN.

“Jadi kalau ini naik, ia beri kesan kos kehidupan naik maka orang putih sebut kesan berganda GST.

“Pemansuhannya tak beri kesan yang diharapkan dan ditambah dengan SST maka beban pada rakyat akan terus bertambah, tak kesampaian apa dijanjikan oleh kerajaan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen Ke-14 hari ini, yang menyokong pemansuhan GST.

Pulaknya kau kisah pasal gst dulu kau tak sembang pulak kira tak menyusahkan rakyat jugak ke macam mana??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top