Sinopsis penuh drama dia tv3 (irwanshah, janna nick, izara Aishah)

 dia
Drama Dia merupakan drama terbaru yang bakal disiarkan di TV3 menghubungkan dua negara Indonesia dan Malaysia. Membariskan pelakon seperti Irwansyah,  , Janna Nick, Izara Aishah dan Icha Anisa – drama Dia ini akan mempunyai 60 episod. Kita tunggu sahaja update drama ini.
 Profil Drama Dia [TV3]
Bahasa : Melayu [Malaysia/Indonesia]
Pengarah : Eoon Suhaimi dan Omar Aly
Pelakon : Irwansyah, Janna Nick, Icha Anisa, Adi Putra, Sandrinna Michelle, Zamarul Hisyam, Izara Aishah, Juliana Moechtar, Daniell Fiq, Ezzaty Abdullah, Emma Maembong dan Farouk Hussain.
Episod : 60 Episod
Siaran : TV3
Studio : Orangetree Production, Media Prima Berhad,

Shooting : Bulan Oktober di Malaysia dan Indonesia.

Irwanshah sebagai Adit
Janna Nick sebagai Aira
Izara Aishah sebagai Emelda
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Sandrinna Michelle sebagai Aulia
Ezzaty Abdullah sebagai Milah [watak muda]
Daniell Fiq sebagai Hafiz [watak muda]

Sinopsis Drama Dia 2017

Aira (Jann Nick) merupakan adik tiri kepada Adit [Irwansyah] berkelana ke Kuala Lumpur selepas kematian ayah mereka. Sementara itu, Adit, seorang pemuda jujur dan rajin bernama telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya. 

Drama Dia merupakan sebuah naskhah yang dipenuhi dengan kisah cinta dan konflik yang melibatkan watak-watak utamanya.

Sumber : Kosmo

Gambar Pelakon Drama Dia TV3

adi putra irwansyah
Irwansyah dan Adi Putra.
janna nick sandrinna michelle
Sandrinna Michelle dan Janna Nick
adi putra janna nick irwansyah
Adi Putra, Janna Nick dan Irwansyah
ezzaty abdullah daniell fiq
Ezzaty Abdullah dan Daniell Fiq
shooting scene kahwin
Scene Akad Nikah dalam drama Dia TV3
izara aishah irwanshah
Izara Aishah dan Irwanshah.

KERJASAMA antara Malaysia dan negara luar bagi menjayakan sebuah naskhah seni bukan suatu perkara luar biasa dalam industri hiburan tempatan.

Baik bidang muzik mahupun lakonan, perkongsian kreatif antara dua rumpun berbeza juga dilihat kerap membuahkan paduan yang unik, sekali gus menepati cita rasa masyarakat tempatan.

Terbaharu, menerusi kerjasama antara Media Prima Berhad dan rumah produksi Orangetree Productions, sebuah drama rantaian yang menampilkan kerjasama antara pelakon Malaysia dan Indonesia dijadualkan bakal menjalani penggambaran pada Oktober depan.

Diberi judul Dia, drama rantaian 150 episod itu turut menyaksikan kolaborasi sulung antara pelakon popular Indonesia, Irwansyah dan bakat baharu dari Malaysia, Zahirah MacWilson.

Berkesempatan bertemu dengan Irwansyah pada majlis Media Prima Screening 2016 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelakon yang pernah popular dengan filem Heart itu mengakui teruja dengan kerjasama yang terjalin antara dua rumpun itu.

Biarpun pertama kali terlibat dalam produksi drama tempatan, namun intuisi hatinya kuat mengatakan bahawa Dia bakal menarik kelompok peminat selain mencetuskan fenomena tersendiri.

“Drama Dia boleh dikatakan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan drama-drama yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ceritanya tidak terlalu rumit tetapi cukup membuatkan khalayak tertarik untuk menontonnya.

“Justeru, saya berasa senang apabila diberi peluang dan kepercayaan oleh Media Prima bagi menjayakan drama bersiri ini,” kata Irwansyah membuka bicara.

Melanjutkan bicara mengenai drama tersebut, Irwansyah berkata, hampir 70 peratus proses penggambaran dilakukan di Malaysia dan penonton berpeluang menyaksikannya melontarkan dialog dalam bahasa Melayu.

“Saya cuba belajar dengan Janna Nick dan pelakon lain untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

“Jadi, saya berharap agar drama rantaian ini dapat diterima dengan baik oleh penggemar di Malaysia,” katanya yang menjanjikan lakonan yang lebih segar dan matang.

Perubahan

Menyentuh mengenai kehidupan peribadinya, selain sibuk mengusahakan laman web jual beli online wokuwoku.com bersama isteri, Zaskia Sungkar, pelantun lagu Camelia itu kini lebih selesa untuk mendekatkan diri dengan ajaran Islam.

Ujar lelaki berusia 31 tahun itu, kehidupannya jauh lebih tenang berbanding dahulu dan banyak perkara dapat diselesaikan apabila fikiran tidak lagi terisi dengan perkara yang sia-sia.

“Saya berubah kerana memikirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Alhamdulillah, hidup saya kini semakin tenang.

“Jika dulu jiwa sering berada dalam keadaan yang tidak tenteram tetapi kini lebih terurus,” ujar Irwansyah yang kerap menghabiskan masa lapangnya dengan membaca al-Quran.

Dalam perkembangan terbaharu, Irwansyah bakal muncul dengan single berunsur ketuhanan bersama Zaskia berjudul Harim Di Tanah Haram.

Kolaborasi.

Sementara itu, bagi Janna Nick, bergandingan bersama Irwansyah dalam sebuah drama rantaian merupakan suatu peluang yang berharga buat dirinya.

Katanya, peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin dalam mempertingkatkan mutu lakonan selain memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Ini merupakan kolaborasi pertama saya dengan pelakon dari seberang yang melibatkan sebuah drama rantaian.

Jom kita tengok trailer :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...