Sinopsis Kari Sanjana (TV3)

kari sanjana, TV3 akan menyiarkan telefilem khas bersempena hari Deepavali berjudul Kari Sanjana. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Jay Iswazir, Mr.Rama, Kalpana Shree dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama pada hari Sabtu jam 9.00 malam.
JUDUL : KARI SANJANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Mr.Rama, Kalpana Shree, Nik Adam Mika
SINOPSIS KARI SANJANA

Farhan dan Linda adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa.Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya. Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resepinya diberi nama Kari Sanjana. Mengapakah kari itu diberi nama Kari Sanjana?

Pada satu hari, isteri Farhan merasa kempunan kari sebaik sahaja terhidu bau masakan dari rumah jirannya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, resepi karinya diberi nama Kari Sanjana.

Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seolah-olah belum bersedia untuk berkongsi cerita. Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu.

Pada suatu hari, sewaktu Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terbabit dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Kari Sanjana TV3 yang akan bersiaran tepat jam 10 malam hari Sabtu ini yang bertarikh 29 oktober 2016.

 

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...