Sinopsis hati-hati yang bercinta rtm2

hati-hati yang bercinta,
Saksikan telefilem Hati-Hati Yang Bercinta lakonan Fathia Latiff dan Afiq Muiz. Drama terbitan Saujana Media Sdn Bhd itu menyelitkan elemen cinta dan kekeluargaan. Bakal disiarkan pada hari Selasa ini, 2 Ogos jam 10 malam di slot Citra TV2.
JUDUL : HATI-HATI YANG BERCINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 2 Ogos 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2(RTM)
TERBITAN : Saujana Media Sdn Bhd
PELAKON : Fathia Latiff, Afiq Muiz, Zarina Zainordin, Ezany Nizariff, Kazar Saisi, Haleeda

SINOPSIS HATI-HATI YANG BERCINTA.
Mengisahkan Hajar (Fathia Latiff), pelajar jurusan perniagaan di Universiti Istanbul. Di sana dia dipertemukan dengan Amzar (Afiq Muiz), seorang pelajar jurusan ekonomi juga di universiti yang sama.
Disebabkan pertemuan pertama yang tidak mengembirakan mereka sering bertelagah apabila bertembung. Amzar datang dari keluarga yang berada dan sentiasa dapat apa yang di ingini daripada ayahnya.
Lain pula ceritanya bagi Hajar dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan dalam masa yang sama dia mempunyai masalah kewangan. Tanpa berfikir panjang Hajar terus menerima bayaran yang di beri Amzar sebagai upah membersihan biliknya setiap hari.
Di Malaysia, Hajar mempunyai seorang adik perempuan Haida, yang sedang menganggur tetapi sekali sekala menolong ibu mereka Puan Maria di restoran milik keluarga.
Akibat dari satu tragedi yang tidak diingini, Hajar dan Amzar terpaksa berkahwin tanpa mendapat restu kedua buah keluarga. Tetapi tanpa mereka sedari Amzar dan Haida sebenarnya sudah mempunyai hubungan rapat sejak dari Malaysia. Apabila Haida mengetahui Hajar berkahwin dengan Amzar dia mula merancang untuk memisahkan mereka dengan bantuan Baharin iaitu lelaki yang sejak dari dulu meminatinya.
Haida sanggup mereka cerita mengatakan kakaknya telah terlanjur bersama Amzar ketika berada di Istanbul sebelum mereka berkahwin. Berjayakan Haida menhancurkan rumah tangga kakaknya semata-mata untuk memuaskan kehendaknya? atau Hajar bahagia bersama Amzar sehingga ke hujung nyawa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top