Sinopsis filem rock bro arahan mamat khalid.

rock-bro

Kesinambungan cerita yang terakhir dalam rock bro karya mamat khalid. berkisahkan “Kembali Ke Pangkal Jalan” yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini. Sebuah filem trilogi arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Turut menampilkan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

TAJUK : ROCK BRO
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016
Genre : Komedi / Drama
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pelakon : Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Amy Jueliet, Kamarul Hj Yusof, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar, Shawarni, Dato’ Hattan, Man Kidal, Black Wings
SINOPSIS ROCK BRO.
Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an.
Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.
Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota.
Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?
VIDEO TRAILER

LAGU TEMA / OST
Lagu : Sekelip Mata Kau Berubah
Artis : Rimba Bara
Asal : Lestari

copy paste myinfotaip.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top