Sinopsis duda terlajak laris

duda terlajak laris. duda, cover duda terlajak laris,

Drama terbaru adaptasi novel Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd itu diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria. Bakal menampilkan gandingan Idris Khan dan Zara Zya sebagai pelakon utama. Dibantu oleh Bella Nazari. Wawa Zainal, Ikhlas Jalil, Anis Al Idrus dan ramai lagi. Saksikan drama bersiri Duda Terlajak Laris bermula 11 April nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3.

JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Bella Nazari, Wawa Zainal, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali

WATAK PELAKON
Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack )
Zara Zya sebagai Pehah / Inas
Bella Nazari sebagai Idayu
Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah
Anis Al-Idrus sebagai Zainura
Kuza Muzaini sebagai Zah

SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS.

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...