Sinopsis drama tentang hati2

tentang hati2,

Sinopsis penuh drama tentang hati 2.

Drama Tentang Hati 2, sikuel dari episod musim pertama, bersiaran 3 hari setiap Selasa hingga Khamis jam 9 malam di TV2. Sinopsis ringkas, kesinambungan drama berkisar tentang watak Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu. Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan.

Ramai juga yang terkilan kerana watak dalam drama Tentang Hati 2 yang dilakonkan oleh Anzalna telah diganti oleh Sherry Ibrahim. Itu yang aku jadi pelik, kenapa tiba-tiba sherry ibrahim? Aku salah tengok cerita ker. Huhu.

Sinopsis drama. Turut menampilkan pelakon Sherry Ibrahim, Rusdi Ramli, dan Syakilla Khoriri, kesinambungan plot kisahnya berkisar tentang watak Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.

Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.

Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.

Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu. Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain.

Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?

Tonton terus secara online di web rtm/tentanghati2

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top