Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

surihati mr pilot, surihati-mr-pilot-pelakon-neelofa1
Drama  terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Oktober nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Dyla Dyna
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Adriana Adnan, Fahad Iman, Eina Azman, Alif Satar, Siti Nordiana
WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Eleena sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Mas Khan sebagai Daniel
Azar Azmi sebagai Humaira
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT
Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar
SINOPSIS SURI HATI MR PILOT
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.
cover suri hati mr pilot.
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
surihati mr pilot,
copy paste dari myinfotaip.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top