Sinopsis drama suamiku paling sweet,

suami ku paling sweet, sinopsis drama suamiku paling sweet, tonton online suamiku paling sweet, Drama adaptasi novel

Suamiku Paling Sweet bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini diadaptasikan daripada novel Suamiku Paling Sweet karya Anjell yang bakal menampilkan gandingan hero dan heroin baru iaitu Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal dan Mawar Rashid sebagai Qisha.

Diharap juga gandingan ini dapat menghasilkan keserasian yang boleh memikat hati penonton untuk menonton drama ini dan seterusnya menjayakan drama ini.

Pelakon

Syafiq Kyle – Izz Haikal
Mawar Rashid – Qisya Iris
Nik Adam Mika – Hafiey
Fazlina Ahmad Daud – Puan Sanisah

Sinopsis :

“Mama… Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa… Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.
Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.
Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.
Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira.
Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top